Sambal Hitam Pahang Yang Pedas Dan Padu, Ini Cara Buatnya

Share

Sambal Hitam Pahang ini memang cukup popular di negeri Pahang Darul Makmur. Ramai yang suka makan Sambal Hitam Pahang ini terutama ketika di bulan Ramadan, sebagai pembuka selera. Kalau hendak beli boleh tahan juga harganya. Apa kata kita cuba buat sendiri mengikut resipi Koleksi Resipi Puan Sharifah Shaari

RESIPI SAMBAL HITAM PAHANG

BAHAN-BAHAN:

1 semangkuk ikan bilis, dibersih dan dicuci –BELI ONLINE
1/2 mangkuk asam belimbing (belimbing buluh) direbus
1 1/2 genggam cili padi –BELI ONLINE
2 sudu penuh gula-BELI ONLINE
1 1/2 biji bawang besar atau 5 biji bawang merah, dimayang nipis. Bawang boleh juga ditumbuk bersama cili.

Nota: Semua bahan adalah anggaran sahaja. Boleh ditambah atau dikurangkan mengikut kesukaan masing-masing.

CARA MEMBUAT:

1. Tumbuk cili padi dan apabila lumat masukkan belimbing dan tumbuk lagi.

2. Masukkan ikan bilis dan tumbuk manja. Jangan sampai terlalu hancur.

3. Gaul sebati dengan cili dan belimbing tadi.

4. Panaskan kuali dan tuang minyak 1 cawan dan goreng bawang hingga layu.

5. Masukkan bahan yang ditumbuk tadi dan kacau. Masukkan gula. Tambah minyak kalau perlu.

6. Kacau selalu.

7. Apabila garing sedikit, angkat. Bolehlah dihidangkan bersama nasi dan lauk pauk yang lain. Selamat mencuba.

Sumber kredit: Koleksi Resipi Puan Sharifah Shaari

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

IKLAN