Sambal Goreng Legend Buat Tak Henti Makan

Share

Bagaikan tidak lengkap menu harian tanpa sambal. Ia menjadi penyedap atau pembuka selera dalam hidangan. Banyak jenis sambal boleh diolah umpamanya dari mangga, terung pipit, belimbing dan sebagainya. Antara ialah sambal goreng, nampak mudah untuk dibuat tetapi sejauh mana kesedapannya. Ini cara membuat sambal goreng warisan oleh Lyana Hisham.

Sambal Goreng

BAHAN-BAHAN:

  • 2 biji bawang besar saiz sederhana
  • 6 biji cili hijau
  • 4 biji cili merah
  • Sedikit cili padi merah | jika mahu lebih pedas
  • Sedikit ikan bilis – BELI ONLINE DI SINI
  • Sedikit belacan
  • Asam jawa secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 senduk minyak masak secukupnya – BELI ONLINE DI SINI
  • *Semua bahan-bahan (kecuali asam jawa, garam, gula dan minyak) dikisar kering.

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak masak dan tumis bahan yang dikisar kering tadi hingga garing.
  2. Kemudian masukkan air asam jawa. Perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya.
  3. Kemudian masukkan sedikit hirisan bawang. Gaul rata dan padamkan api.
  4. Jika minyak terlalu banyak, boleh buang sedikit mengikut citarasa anda.
  5. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & gambar: Lyana Hisham

Nak dapatkan peralatan memasak yang baru?  Klik sini

 

IKLAN