Sambal Garing Ikan Bilis Ala-Ala Che Nor, Padu Rasa Buat Ketagih Nak Makan

Share

Makan nasi kalau tidak bersambal serasa macam tak lengkap. Tidak kira sama ada sambal macam mana pun, janji pedas dan cukup rasa. Tiba teringat pula sambal ikan bilis Che Nor. Jomlah kita buat sendiri. Krup krap Sambal Ikan Bilis Garing ala Che Nor ni. Makan dengan nasi panas dah tak pandang lauk lain.


SAMBAL GARING IKAN BILIS
Bahan-bahan:
20 tangkai cili kering ( nak lagi pedas tambah lagi)
2 biji bawang merah
3 genggam ikan bilis
Sedikit garam dan gula

Cara memasak:

1.Cili kering yang dah direndam dan dibuang biji ditumbuk.Kalau nak pakai blender kering pun boleh.

2.Lebih kurang macam ni.

3.Kemudian hiris bawang merah halus-halus dan letakkan sedikit garam dan gaul sebati. Saya perah air bawang dan biarkan bawah kipas selama 30 minit sebelum goreng

.

4.Goreng dengan api perlahan.


5.Bawang goreng dah siap.


6.Kemudian goreng ikan bilis yang sudah dibasuh bersih dan toskan airnya.Goreng dengan api sederhana.Kerap kacau untuk ikan bilis masak sebati.Goreng hingga garing.


7.Ikan bilis dah siap.

8.Panaskan minyak 3 sudu dan tumis cili yang kita tumbuk tadi dalam seminit. Kemudian letak garam,gula secukup rasa.

9.Masukkan bawang goreng dan ikan bilis gaul sebati dan tutup api.
Kredit:Hawa Aziz

IKLAN