Sambal Bilis Garing Ala Sambal Pekat, Sedap & Mudah Resipinya

Share

Sambal Bilis Garing memang jadi kegemaran ramai. Dimasak pula dengan sambal pekat begini, lagilah menambah selera. Menurut empunya resipi, saudari Mariana Zainal, sambal ini sesuai dinikmati pada bila-bila masa dan boleh menjadi lauk ‘penyelamat’ dikala tidak sempat memasak lauk pauk yang lain. Makan dengan nasi sahaja dah cukup. Ia juga sesuai dibawa semasa mengembara, sebagai bekalan anak-anak di asrama dan bermacam-macam lagi. Nampak sedap kan? Makan dengan Nasi Lemak pun sesuai ni. Jom cuba!

 

RESIPI SAMBAL BILIS GARING ALA SAMBAL PEKAT

BAHAN-BAHAN:
2 genggam ikan bilis – boleh lebihkan beli online disini
2 sudu besar gula pasir beli online disini
2 sudu besar gula merah (untuk jadikan warna sambal gelap) beli online disini
1 sudu teh garam
Sedikit bahan perasa
1 keping asam keping / gelugur beli online disini

BAHAN KISAR:
40 tangkai cili kering beli online disini
3 biji bawang besar beli online disini
10 ulas bawang putih beli online disini
3 sudu besar ikan bilis yang sudah dikopek
1 1/2 cawan minyak masak (boleh lebihkan. Nanti siap masak, boleh ceduk buang lebihan minyak)

CARA MEMASAK:
1.Ikan bilis digoreng sampai garing kemudian toskan. Biarkan sejuk.
2. Masukkan bahan kisar dan asam keping ke dalam kuali. Masak guna api sederhana.
3. Bila sambal sudah mula mendidih, naik minyak elok dan bertukar warna, masukkan gula, garam dan bahan perasa.


4. Masak hingga sambal berbuih kecil, berwarna gelap dan pekat. Tutup api. Biarkan sambal betul-betul sejuk.


5. Bila sambal sudah sejuk, boleh masukkan ikan bilis yang telah digoreng garing tadi.
6. Cedok @ buang lebihan minyak.
7. Boleh simpan Sambal Bilis Garing Sambal Pekat dalam bekas bersesuaian dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Mariana Zainal

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN