Sambal Belacan Resipi Dari Selatan Thailand, Memang Umph!

Share

Sambal belacan memang pelengkap kepada menu hidangan nasi berlauk kita. Adakala, hanya sambal belacan dan ikan goreng saja pun dah cukup memadai. Tak perlu lauk lain lagi.

Disebabkan itu, sambal belacan yang sedap memainkan peranan penting untuk melengkapkan satu-satu hidangan. Kalau sedap, memang buat makan bertambah-tambah. Pelbagai resipi sambal belacan yang dihasilkan, namun resipi yang satu ini antara yang cukup padu.

Menurut Farah Din

yang sudi berkongsi resipi sambal belacannya yang sedap ini, resipi tersebut merupakan resipi arwah neneknya dari Golok Selatan Thailand. Seperti yang kita sedia maklum, masyarakat Thailand memang mahir menghasilkan pelbagai jenis sambal seperti ini dan diperakui kelazatannya. Jadi, jom kita buat. Boleh buat stok juga dan simpan di dalam peti sejuk.

Bahan-bahan di bawah ini untuk dua orang makan sahaja. Jadi, jika ingin buat lebih, boleh gandakan bahan-bahannya.

SAMBAL BELACAN PADU

BAHAN-BAHAN:

15-20 biji cili padi hijau & merah – Boleh beli online di sini

Tomato (dihiris halus, gunakan sedikit sahaja)

1 inci gula Melaka – Boleh beli online di sini

1 inci belacan bakar – Boleh beli online di sini

Garam secukup rasa

Limau nipis (ambil jusnya)

CARA MEMASAK:

Masukkan bahan-bahan ke dalam lesung.

Saya bakar belacan begini saja.

Siap sedia untuk menumbuk. Perahkan asam limau juga ye.

Hampir siap. Kalau tak nak letak tomato pun ok. Ini pun dah sedap.

Akhir sekali, masukkan tomato yang dihiris halus tadi. Lenyek-lenyekkan tomato tersebut.

Perasakan. Biar cukup rasa manis, pedas, masam dan masinnya barulah dihidang.

Makan pula dengan ikan kerisi bakar berserta ulam-ulaman. Memang sedap.

Kredit: Farah Din

[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN