Sambal belacan pelam, sebut saja pun dah buat kita kecur air liur. Rasanya pedas, masam, dan manis sedikit, bila digaul dengan nasi memang sedap.
Nak buat sambal ini tak perlu musim buah pun sebab kuantiti yang digunakan tak sampailah 3-4 biji pun. Kalau tiada mempelam atau pelam, mangga muda boleh.
Sambal versi ini lagi sedap bila buahnya dipotong kasar-kasar, terasa rangup. Digabung pula dengan sambal yang melekit dengan rasa udang kering dan belacan, memang padu.
Nak lagi sedap, lepas siap jangan terus makan, biarkan 15-20 minit supaya jus pelam ini keluar, memang lagi kick rasanya. Masam, manis, pedas semuanya cukup.
Mempelam atau mangga muda -potong kasar-kasar pun sedap)
Cili merah besar
Cili padi merah (ikut tahap pedas masing-masing)
Belacan -sebesar hujung ibu jari
Sedikit udang kering -direndam air panas hingga kembang
Gula pasir secukupnya
Secubit serbuk perasa (jika suka)
Garam secukupnya
2. Tumbuk bahan goreng tadi bersama udang kering yang dah direndam dan kembang. Tumbuk biar lumat.
3. Masukkan gula pasir, tumbuk hingga hancur betul. Nak sambal melekit cantik, rahsianya kena tumbuk lama sikit sampai gula larut sempurna.
4. Tambah perasa secukupnya, garam pun boleh letak kalau suka.
5. Akhir sekali, kaut sambal yang siap ditumbuk , gaul serata dengan pelam yang sudah dipotong.
6. Siap! Untuk rasa lebih kick, biarkan 15-20 minit supaya air mempelam keluar. Sambal makin sedap, masam, manis, pedas semua cukup rasa.
Kredit resipi & foto: Nor Haidah Md Said
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA