Sambal Belacan Kelate Style. Pedas Padu, Cukup Rasa!

Share

Nak cuba resipi sambal belacan Kelantan asli yang pedas padu, wangi limau kasturi dan cukup rasa kampung? Jom buat sambal belacan Kelate style paling mudah tapi sedap!

Orang Kelantan memang sinonim dengan sambal – dari makan nasi putih, nasi kerabu sampai ke ulam-ulaman, mesti ada sambal belacan sebagai pelengkap. Sambal belacan Kelate style istimewa kerana guna limau kasturi dan belacan bakar, yang buat rasanya lebih harum, pedas padu dan seimbang masam-manis.

Bahan-Bahan Sambal Belacan Kelate Style

BAHAN-BAHAN:

1/2 biji bawang holland – dibakar
1 labu bawang putih – dibakar
2 sudu besar gula
1 sudu besar garam
1 sudu kecil serbuk perasa
1 biji tomato – potong dadu
3 biji limau kasturi – hiris halus

BAHAN KISAR:
10 biji cili padi merah
10 biji cili padi hijau
4 inci belacan – dibakar
5 biji cili merah
5 biji limau kasturi – Ambil jus
20 gram pes asam jawa- larut dengan air
5 biji limau kasturi – potong 2 buang biji

Cara Membuat Sambal Belacan Kelate Style

    1. Bakar bawang putih, bawang holland
    2. Kemudian bakar belacan.
    3. Kupas bawang putih.
    4. Masukkan belacan ke dalam blender, bawang putih, cili padi dan cili merah dan jus limau kasturi.
    5. Masukkan juga limau buah kasturi dan air asam jawa.
    6. Masukkan garam gula dan serbuk perasa. Kacau sebati
    7. Hiris bawang holland yang dibakar tadi bersama hirisan tomato. Kacau sebati
    8. Hiris limau kasturi halus dan masukkan dalam sambal belacan. Kacau sebati.
    9. Siap untuk dihidangkan.

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

Published by
Azlin