Sambal Belacan Goreng Blender Semua, Nampak Malas Tapi Sedap

Share

Sambal belacan goreng versi yang sangat mudah hanya perlu di blender.

SAMBAL BELACAN GORENG

BAHAN-BAHAN

  • 2 batang cili merah
  • 10 batang cili padi
  • 1 biji bawah merah
  • 1 biji tomato
  • 1 inci belacan bakar
  • 1 sudu gula
  • suku cawan minyak

 

CARA MEMASAK:

1. Potong bawang, tomato dan cili. Basuh semua dan toskan. Campak semua kecuali gula dalam kuali dengan minyak panas.

 

2. Tutup sekejap sebab masa ini akan meletop-letop. Goreng sekejap sampai bawang dan tomato layu/bertukar warna.

 

3. Sudah senyap tidak meletop itu cuba buka penutupnya. Nampak sudah bertukar warna dari yang tadi. Boleh matikan api.

 

4. Masukkan semua bahan tadi blender. Senang kisar tapi kalau rajin boleh.

 

5. Sebelum kisar masukkan dulu minyak baki goreng tadi. Ini untuk mudahkan proses mengisar. Agak-agak berapa banyak perlu masuk.

 

6. Jangan lupa tambahkan sesudu gula. Kisar sampai halus.

INFO: 

  1. Jika suka rasa masam boleh perahkan limau ikut citarasa anda.
  2. Sambal boleh pencicah ayam goreng , ikan masin atau makan bersama lauk pauk yang lain.

KREDIT RESIPI & GAMBAR: Nisa Delivery

 

ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI:

 

 

IKLAN