Sambal Belacan Belimbing Buluh, Sedap Hingga Menjilat Jari

Share

Kata orang, sambal belacan merupakan pembuka selera dalam mana-mana hidangan. Bila ada sambal belacan ni, makan nasi bertambah-tambah pun tak sedar. Makan pula dengan ikan bakar, memang tak pandang kiri kanan dah. Tetapi, tak semua orang tahu untuk buat sambal belacan yang sedap. Kali ini, kami kongsikan resipi sambal belacan menggunakan belimbing buluh yang dikongsi oleh Leya Aalieya.

RESIPI SAMBAL BELACAN BELIMBING BULUH

 

BAHAN-BAHAN:

  • Belacan papar (besar ibu jari)
  • Belimbing buluh 4/5 biji
  • Lada padi 10 tangkai
  • Lada besar 2 tangkai
  • Tomato 1 biji
  • Bawang merah 3 ulas
  • Bawang putih 2 ulas
  • Udang kering 1 genggam
  • Garam (secukup rasa)
  • Gula (secukup rasa)
  • Ajinomoto @ pati ayam
  • 3 sudu makan minyak (untuk menumis)

 

CARA PENYEDIAAN:

1. Kisar semua bahan di atas bersama sedikit air, panaskan kuali bersama minyak dan tumis bahan yang sudah dikisar tadi.

2. Masukan garam, gula dan perasa secukup rasa.

3. Bila dah kering dan pekat, tutup api dan siap untuk dihidangkan bersama nasi panas dan ulam-ulaman serta lauk-pauk kegemaran.

Selamat mencuba.

KREDIT RESIPI & FOTO: LEYA AALIEYA

ANDA JUGA BOLEH MENCUBA RESIPI INI:

IKLAN