Sambal Ayam Geprek, Sesuai Untuk Dimakan Seisi Keluarga

Share

Ayam geprek ini selalu kita makan di kedai. Nak buatnya tidak susah pun dan bahan yang digunakan juga tidak banyak. Paling penting adalah sambal. Jika sedap sambalnya, segalanya jadi perfect. Namun jika anda tidak boleh makan terlalu pedas, boleh cuba guna resipi yang dikongsi oleh Rodziah Zaharin. Sesuai untuk seisi keluarga.

SAMBAL AYAM GEPREK

 

BAHAN-BAHAN:

  • Ayam
  • Telur
  • Tepung bestari

BAHAN-BAHAN SAMBAL:

  • 6 biji cili merah besar
  • 4 biji cili padi hijau
  • 2 biji cili padi merah
  • 1 1/2 biji bawang besar atau bawang merah
  • 4 biji bawang putih
  • 1 biji limau nipis

 

CARA PENYEDIAAN:

1. Gaul ayam dengan 1 atau 2 biji telur. Kemudian, gaul ayam di dalam tepung bestari pedas. Goreng menggunakan api yang sederhana.

 

2. Ayam siap digoreng. Ketepikan dahulu.

 

3. Bahan-bahan untuk sambal boleh digoreng terlebih dahulu kecuali limau nipis. Goreng di dalam minyak yang panas selama 3 hingga 4 minit. Toskan bahan yang digoreng.

 

4. Masukkan bahan-bahan yang telah ditoskan tadi ke dalam lesung batu. Masukkan 2 sudu gula dan 1 sudu garam. Tumbuk separuh lumat.

 

5. Kemudian, masukkan sebiji jus limau nipis.

 

6. Masukkan pula 1 sudu kecil cuka.

 

7. Masukkan minyak ayam goreng tadi dalam 1 – 1 1/2 sudu.

 

8. Masukkan serbuk perasa dan gaul rata. Siap! Boleh dimakan bersama ayam goreng tepung tadi.

 

Selamat mencuba.

 

Kredit resipi & foto: Rodziah Zaharin

 

Anda mencari KUALI NON STICK? Boleh cari DISINI. Banyak pilihan untuk anda.

 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:

IKLAN