Sambal ayam daun kari ini boleh masuk dalam senarai resipi sambal ayam kita yang sememangnya ada banyak versi.
Tapi resipi yang ini rasanya tidak semata pedas sebaliknya diimbangi rasa manis serta rempah yang wangi terutama sekali dari daun kari. Boleh hidangkan dengan nasi putih mahupun nasi minyak. Dua-dua sedap.
1 ekor ayam – dipotong kecil (20 ketul)
Garam & serbuk kunyit secukupnya (untuk perap)
Minyak untuk menggoreng
25 tangkai cili kering (atau lebih jika suka pedas)
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia
1 sudu besar jintan manisS
2 batang serai – dititik
4 sudu besar sos cili
4 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat karamel (optional, untuk warna & rasa)
Sedikit air asam jawa
Garam, gula & serbuk perasa secukupnya
2–3 tangkai daun kari
2 biji bawang besar – dipotong bulat
1. Basuh ayam, gaul dengan garam dan kunyit. Goreng hingga kekuningan (jangan terlalu garing). Angkat dan ketepikan.
2. Kisar semua bahan kisar hingga halus. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar hingga pecah minyak dan naik bau.
3. Masukkan serai titik, sos cili, sos tiram dan kicap karamel. Kacau sebati.
4. Tambah sedikit air asam jawa, garam, gula dan serbuk perasa mengikut citarasa.
5. Masukkan daun kari dan ayam goreng tadi. Gaul hingga sebati dan kuah menyerap.
6. Masukkan hirisan bawang besar, kacau seketika dan padamkan api. Siap untuk dihidang!
Nak sambal lebih pekat, tambah sedikit lagi cili kering atau masak lama sikit hingga kuah berkilat.
Nak pedas berapi, masukkan 5–10 biji cili padi semasa kisar bahan.
Lebih wangi, gunakan daun kari segar dan tumis hingga garing sedikit sebelum masukkan ayam.
Kredit resipi & foto: Nazri Mat Zain
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA