Sagu Susu Cair Boleh Dapat 50 Bekas, Makan Sejuk Memang Nikmat

Share

Hujung minggu ni pasti ramai yang buat makan-makan. Jadi pasti nak pencuci mulut yang enak. Jom buat sagu susu cair ni. Mudah dan murah kosnya. Boleh dapat lebih kurang 50 bekas dengan adunan ni.Makan pula sejuk-sejuk, memang nikmat.

 

Sagu susu cair

Bahan-bahan:

Air gula

0.5kg gula merah

(gula yang makan dengan putu mayan tu. Warna gelap. Bukan brown sugar)

1 cawan gula pasir

1 sudu kecil garam

1.5 liter air

Masak sehingga mendidih

Kuah susu

1 tin susu pekat

*krimer sejat 3

Air 5 tin susu tadi

½ cawan tepung kastad + ½ cawan air

2 sudu kecil garam

5 tutup esen vanilla

Masak sehingga mendidih

Cairkan lagi jika perlu

Sagu

1 kg sagu biji

2 sudu besar sirap

2 tutup esen ros

2 sudu besar emulco strawberry

Cara memasak:

1.Masak sagu dalam air yang mendidih.

2.Bila sagu dah separuh masak, tutup api dan periuk, biarkan sehingga sagu masak kembang sepenuhnya.

3.Tapis sagu untuk buang kanji.

4.Masukkan sirap+esen+emulco, gaul sekata.

5.Biarkan untuk beberapa minit supaya sagu menyerap semua perisa.

Kredit:Diyana Aqilah Kamarudin

 

 

IKLAN