Sagu Mangga. Manisan Sejuk Penghilang Dahaga.

Share

Bagi penggemar mangga, manisan ini wajib anda cuba.Manis, lemak serta dilengkapi hirisan mangga segar menjadikan ia begitu enak serta tidak muak. Kena cuba!

BAHAN-BAHAN

  • 100gm biji sagu
  • 2 biji isi mangga
  • 100ml susu cair
  • 50ml susu pekat manis
  • Hirisan mangga untuk hiasan secukupnya
CARA MEMASAK:
  1. Didihkan air di dalam periuk dan rebus biji sagu sehingga jernih atau masak.
  2. Kisar kasar isi mangga bersama susu cair dan susu pekat manis.
  3. Tuangkan ke dalam mangkuk dan hidangkan bersama sagu yang telah direbus dan hirisan buah mangga.

 

IKLAN