Makan

Sagu Gula Melaka Sedap,Buat Begini Barulah Warna Tak Turun Dalam Susu

Share

Sagu Gula Melaka adalah salah satu pencuci mulut yang terkenal dek kerana rasanya yang enak, lembut dan menyegarkan. Selain dipanggil Sagu Gula Melaka, ada juga yang menyebutnya sebagai Kuih Sagu Bersantan.
Bila buat manisan ni, ada kalanya warna pada sagu tu turun dan mewarnai susu @ santan. Bila kuah tak jadi putih, Nampak tak cantik dan kurang menyelerakan.
Jadi jom cuba resipi perkongsian saudari Nurul Fadzilah Ani ni. Lengkap dengan tip bagaimana nak mendapatkan sagu yang berbentuk bulat seperti telur ikan dan tak bergumpal. Selamat mencuba!

CARA BUAT SAGU GULA MELAKA SEDAP & TAK BERGUMPAL

BAHAN-BAHAN:
2 cawan sagu beli online disini
1.5 liter air
BAHAN AIR GULA:
1/2 cawan gula merah – beli online disini
1/2 cawan gula pasir – beli online disini
1 cawan air (masak dengan gula sehingga agak pekat dan likat)
Susu kotak (Dutch Lady) – boleh ganti dengan susu cair
CARA MEMASAK:
1.Masak air dalam 1.5 liter sampai betul-betul mendidih kemudian masukkan sagu (tak perlu rendam atau basuh sagu). Sukatan untuk sagu terpulang pada masing-masing (empunya resipi guna 2 cawan sagu).
2. Masak sagu sampai jadi jernih dan tak ada putih-putih dalam sagu.
3. Dalam tempoh memasak sagu tu, kalau air makin kurang dan menjadi pekat, tambah air panas dan terus masak sampai sagu betul-betul masak cantik.
4. Bila sudah siap masak, tapis sagu dan lalukan bawah air paip untuk buang lebihan kanji dalam sagu. Buat sedikit-sedikit supaya sagu tidak terkeluar dari penapis.
5. Hasilnya sagu akan nampak berbutir yang cantik. Toskan dan bahagikan sagu kepada beberapa bahagian untuk diwarnakan.

TIP UNTUK SAGU NAMPAK CANTIK DALAM SUSU:

1.Lepas sagu sudah diwarnakan, biar seketika.
2. Kemudian lalukan semula sagu di bawah air paip untuk buang lebihan warna.
3. Maka sagu yang terhasil akan lebih cantik bila dituang gula melaka dan susu. Barulah tiada lebihan warna bercampur dalam susu.


Kredit resipi & foto: Nurul Fadzilah Ani

 

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN