Sagu Gula Melaka 1 Adunan 2 Versi, Memang Nikmat Ditekak

Share

Biasa buat sagu melaka saja. Kali ini kita buat untuk dua versi sama ada nak makan dengan sos kastard ataupun kelapa. Dua-dua memang enak , simpan dalam peti sejuk lagi nikmat rasanya.

Bahan-bahan:
3 cawan sagu
3 keping nise atau gula Melaka


Sedikit gula pasir
1 liter air
Daun pandan
Cara membuat:
1Sagu direbus separuh masak dan di lalu bawah air mengalir untuk buang kanji ketepikan.
2.Dalam periuk masukkan nise atau pun gula Melaka, sedikit gula pasir,air dan daun pandan disimpul.

3.Dah menggelegak masukkan sagu tadi kacau sampai masak. Dah tak ada biji putih-putih angkat dan bolehlah masukkan ke dalam loyang.Betul-betul sejuk baru potong.

Sos kastard

1 tin susu cair
1 sudu besar tepung kastard
Sedikit garam dan daun pandan


(Masak di atas api sampai menggelegak)

Cara membuat:
1.Kelapa ambil yang putih sahaja dan dikukus sekejap.
2.Gaul garam.potong kuih sagu yang disejukkan terlebih dahulu golek-golekkan dengan kelapa

Siap untuk dihidang.

Kredit: Noriza awang hamat

INGIN MEMBELI BLENDER, MIXER, GRINDER, BOLEH LIHAT DI SINI.

IKLAN