Rupanya Nangka Muda Pun Boleh Buat Rendang, Sedap Pulak Tu. Ini Caranya

Share

Nangka muda biasanya kita buat gulai lemak, kari dan kerabu, rupanya kita juga boleh mengolahnya menjadi hidangan rendang.

Bagi yang suka kelainan, boleh cuba resipi rendang nangka muda yang dikongsi oleh Hanieliza Kamarudin.

Cara buat rendang nangka muda

Bahan A

1 biji nangka muda (anggaran 2 kg)
1 kg santan pekat
1 cawan minyak masak
1 keping gula melaka
Garam secukup rasa
1 cawan kerisek
2 helai daun kunyit (dihiris)
7 helai daun limau purut (dikoyak)

Bahan B (dikisar halus)

1 cawan ikan bilis
15 tangkai cili kering
10 tangkai cili api merah
2 inci kunyit segar
1 inci lengkuas
15 biji bawang merah
5 ulas bawang putih

Cara Membuat:

1. Nangka dibuangkan kulit dan dipotong kecil. Rebuskan dengan garam sehingga lembut. Toskan.

2. Masukkan nangka, santan, minyak masak, dan bahan kisar ke dalam kuali besar.

3. Masakkan sehingga pekat dan naik minyak sambil kacau sekali sekala.

4. Masukkan gula melaka, garam, kerisek, daun kunyit dan daun limau purut. Kacau lagi.

5. Apabila nampak naik minyak dan pekat boleh tutup api dan hidangkan.

Siap! Selamat Mencuba.

Sumber:Hanieliza Kamarudin

 

IKLAN