Rupa Cantik Memikat, Apam Cornetto Buat Untuk Party Memang Sesuai Sangat!

Share

Rupa yang menarik dan cara masak yang tak merumitkan menjadikan apam cornetto ini viral. Sedikit kreativiti boleh mebuatkan kamu menjana pendapatan, selain hobi memasak. Apakata kamu cuba pulak resipi Apam Cornetto ni. Selamat mencuba!

APAM CORNETTO

BAHAN-BAHAN:

  • 4 biji telur gred A*
  • 1 sudu ovelete*
  • 1 cawan gula halus (saya guna cwn matrik)*
  • Sedikit Essen vanila*
  • 3 cawan tepung gandum (diayak)
  • 3/4 cawan aiskrim soda.
  • Pewarna ikut suka
  • Coklat masakan (apa2 brand pun xpela)

CARA-CARA:

  1. Putar bahan² yang bertanda * sehingga gebu dan likat (speed max lebih kurang 7,8 minit)
  2. Masukkan tepung gandum berselang seli dengan aiskrim soda.
  3. Kemudian bahagikan 3 bahagian dan letak warna kegemaran anda.
  4. Masukkan ke dalam piping bag & paipkan ke dalam acuan kon. Paipkan warna satu persatu. Lebih kurang 3/4 kon sahaja sebab nanti lepas masak apam akan naik.
  5. Kemudian kukus dgn api sederhana selama 15 minit hingga 20minit (pastikan pengukus dipanaskan terlebih dahulu).
  6. Sementara itu panaskan coklat masak guna kaedah double boil. Kemudian curahkan coklat masakan diatas apam yang telah masak dan taburkan gula warna/kekacang.

Kongsi resepi : naa lee via mahn

CUBA JUGA RESIPI APAM INI:

IKLAN