Roti Unyil Jadi Inspirasi Niaga moreish_official

Share

 

Siapa sangka pengalamannya menikmati roti unyil semasa melancong ke Indonesia akhirnya menjadi idea dan inspirasi untuk Zaiton Sulaiman menjadikannya sebagai idea perniagaan. Unyil bermaksud kecil dan comel, roti ini mudah dimakan dan dibawa bekal ke mana-mana. Bermula lapan bulan lalu di instagramnya moreish_official dia kini menjual produk roti unyil ‘homemade’ yang segar, bersih, halal dan selamat ‘halalan toyibban’.


.

Zaiton memilih nama moreish kerana ia membawa maksud “so pleasant to eat that one wants more’, roti unyil yang sedap tu pastinya membuatkan ia ingin dinikmati lagi oleh pelanggan.


Zaiton Sulaiman.

Roti unyil didatangkan dengan 15 rasa iaitu dengan topping dan inti seperti chicken floss, telur masin, kacang dhall, durian lempuk kacang merah, kelapa dan lain-lain dalam pelbagai bentuk dan rupa. Setiap satu seberat 10gm dan saiznya yang kecil memudahkan ia menjadi kudapan yang senang dimakan di mana-mana. Rasanya yang sedap, gebu dan lembut menjadi tarikan pelanggan dan mendapat sambutan yang menggalakkan.


.

Menurut Zaiton dia mempelajari cara membuat roti unyil dengan menghadiri kelas masakan roti ini di Jakarta, Indonesia. Zaiton mengusahakannya dari rumah bersama tiga orang pekerja. Walaupun ada pembantu, tetapi tepung ‘pre mix’ dilakukan olehnya sendiridan tempahan boleh dibuat melalui instagram dan facebook.


.

Tempoh hayat roti ini adalah lima hari dan buat masa ini tempahan diambil untuk kawasan Selangor dan Kuala Lumpur. Juga tempahan untuk Johor Bahru. Selain dari roti unyil zaiton juga membuat talam suji, bahulu gulung, kuih tart dan juga biskut kacang pis.


.

Cita-cita Zaiton agar moreish bakal berkembang maju dengan mempunyai rantaian kafe di seluruh negara.

INFO ONLINE :

NAMA : Zaiton Sulaiman
ALAMAT : Taman Suria Tropika, Seri Kembangan, Selangor
IG : moreish_official, FB : moreish_official

IKLAN