Roti Telur Bersama Jem Coklat, Minum Petang Yang Cukup Sempurna

Share

Buat ibu-ibu yang pening memikirkan menu minum petang untuk keluarga, kami kongsikan satu resipi oleh Cek Kynn iaitu Roti Telur dengan Jem Coklat. Mudah sahaja cara membuatnya tapi anak-anak pasti suka. Selamat mencuba!

RESIPI ROTI TELUR DENGAN JEM COKLAT

 

BAHAN-BAHAN:

  • Beberapa keping roti hiris (saya guna 6 keping)
  • Jem peanut butter/coklat
  • 2 biji telur
  • Susu pekat manis

 

 

CARA PENYEDIAAN:

1. Potong roti kepada 4 bahagian.

 

2. Ambil sekeping roti yang telah dipotong dan sapukan coklat atau peanut butter.

 

3. Lapis lagi sekeping roti di atas roti yang ada coklat tadi. Letak sedikit susu pekat diatasnya dan letak lagi sekeping roti. Jadi, akan ada tiga lapisan roti ya.

 

4. Kemudian, pecahkan telur dan gaul sebati putih dan kuning telur. Masa ni dah boleh panaskan kuali untuk menggoreng. Saya letak marjerin sedikit.

 

5. Celup roti ke dalam telur.

 

6. Masukkan roti yang sudah dicelup telur ke dalam kuali. Pastikan semua bahagian digoreng sehingga kekuningan.

 

7. Siap untuk diangkat. Dan boleh terus makan.

Jika anda memerlukan NON-STICK PAN baru yang berkualiti pada harga yang murah, boleh klik DISINI.

KREDIT RESIPI & FOTO: CEK KYNN

ANDA JUGA BOLEH CUBA RESIPI INI:

IKLAN