![roti telur berempah](https://cdn.rasa.my/rasa/Untitled-design22.png)
Sarapan adalah amat penting untuk memberi tenaga pada kita untuk memulakan hari dengan baik. Jadi tiada alasan untuk kita tidak mengambil sarapan dengan resipi yang sangat mudah ini.
ROTI TELUR BEREMPAH ALA ROTI JOHN
BAHAN-BAHAN :
- *2 biji telur
- *1/2 bj bawang holland
- *Daun bawang
- *1/2 biji cili merah/capsicum
- *1 sudu kecil rempah kari daging
- *1/2 sudu kecil serbuk lada hitam/sulah
- *Sedikit garam
- 6 keping roti (terpulang jenis roti yang hendak digunakan)
- Mayonis
- Sos cili
- Sayuran: timun, salad, tomato, coleslaw atau sebagainya.
CARA MEMASAK:
- Gaulkan semua bahan yang bertanda * hingga sebati.
- Sapukan sedikit minyak pada kuali.
- Tuangkan sedikit campuran telur tadi dan letakkan sekeping roti ke atas telur. Goreng seketika dan terus angkat.
- Kemudian boleh letakkan mayonis dan sos cili. Serta letakkan sayuran pilhan anda.
Kredit: Ellyna Abdul Aziz
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Masak Roti Pizza Tuna Guna Kuali. Sedap & Lembut Walau Dah Sejuk
![Cara Masak Roti Pizza Tuna Guna Kuali. Sedap & Lembut Walau Dah Sejuk](https://www.rasa.my/wp-content/uploads/2020/10/287106.jpeg)
Roti Pizza Tuna ni nampak sangat sedap dan menyelerakan. Lepas ni kalau ada roti sandwich hamper expired, tak risau dah sebab boleh masak menu ni. Masak poun guna dapur je. Nak cuba buat untuk anak-anak? Saudari Ain Aziz ada kongsikan resipinya. Jom cuba!
ROTI PIZZA TUNA
BAHAN-BAHAN:
- 4 keping roti sandwich
- 2 biji telur – dipukul
- Sos cili secukupnya (beli online DISINI)
- Mayones secukupnya (beli online DISINI)
- Cendawan butang (boleh guna cendawan tin) – hiris (beli online DISINI)
- Isi tuna dalam tin (beli online DISINI)
- Sos thousand island secukupnya (beli online DISINI)
- Parutan keju mozzarella
- Minyak masak
- Kepingan nanas (boleh guna nanas tin) – hiris (beli online DISINI)
- Minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Ambik roti dan poting empat segi kecil. Masukkan ke dalam mangkuk.
2. Masukkan telur yang telah dipukul. Gaul rata hingga roti menyerap dengan sempurna.
3. Panaskan kuali dan sapu sedikit minyak. Sebaiknya guna kuali non-stick yang ada penutup.
4. Masukkan roti tadi. Ratakan bagi membentuk seakan kerak @ ‘crust’ pizza.
5. Sapukan sos cili, mayones, hirisan cendawan, kepingan nanas, tuna, sos thousand island dan parutan keju mozzarella secukupnya.
6. Tutup kuali di atas dapur gas dan masak guna api perlahan hingga semua bahan masak sekata dan keju cair.
7. Bahagian bawah roti akan garing dan gelap tetapi tidak hangit. Enak dimakan ketika panas. Namun, jika makan ketika pizza sejuk, roti masih lagi lembut. Memang enak.
8. Selamat mencuba.
https://www.facebook.com/1095196974/videos/pcb.3421252024864756/10217935410392283/
Kredit resipi & foto: Ain Aziz
Nak beli KUALI NON-STICK baru? Pilih DISINI. Ada macam-macam jenis dan saiz.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Nampak Biasa Je Tetapi Ini Rahsia Buat Sambal Kicap Jadi Lebih Sedap
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Tart Telur Mudah & Sedap Seperti Yang Di Jual Di Bakery Shop
![Tart Telur Mudah & Sedap Seperti Yang Di Jual Di Bakery Shop](https://cdn.rasa.my/rasa/PicsArt_10-29-07.23.29.jpg)
Resipi enak untuk penggemar tart telur seperti yang di jual di kedai. Tart shell rapuh serta kastard telur yang wangi ran lembutd
BAHAN PASTRI (SHELL TART)
- 170gm mentega
- 35g gula aising
- 1/2 sudi teh esen vanilla
- 1 biji kuning telur/telur gred c
- 290gm tepung gandum
CARA MEMASAK:
- Sebatikan butter dan gula aising.
- Masukkan telur dan esen vanila. Gaul sebati.
- Akhir sekali masukkan tepung. Gaul hingga tidak melekat di jari, simpankan doh sekejap di dalam peti sejuk (lebih kurang 30minit)
- Keluarkan doh, tekan ke dalam acuan yang di gris sedikit shortening. Cucuk skit ngan garfu dasarnya dan bakar selama 20 minit suhu 150-160c
INFO: Sementara shell di bakar boleh sediakan kastad telurnya.
BAHAN-BAHAN FILLING TART TELUR:
- 50gm gula pasir
- 110gm air panas
- 1 sudu makam susu pekat manis
- 45gm susu cair/Susu fullcream
- 1/2 sudu teh esen vanila
- 2 biji telur
- 1/2 sudu besar tepung kastad
- Sedikit pewarna kuning telur
CARA MEMASAK:
- Kacau gula dengan air panas sampai gula hancur.
- Masukkan semua bahan yang lain. Tapis ke dalam bekas dan tuang ke dalam shell yang telah dibakar terlebih dahulu.
- Tuang hingga penuh dan bakar selama 20-25minit suhu 180c. Guna api atas bawah. Sejukkan sebelum dikeluarkan dari shell kerana ketika panas shell agak rapuh sedikit.
INFO:
- Bila sudah nampak macam gelembung naik macam telur cepat-cepat angkat.
- Resepi tart telur (saiz 6.5cm/7 cm) boleh dapat dalam 35biji.
KREDIT RESIPI & GAMBAR:
ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI:
Jejaka Ini Kongsi Cara Buat Kek Span Pandan Paling Mudah & Dijamin Menjadi! Boleh Pakat Cuba.
Roti Kopi Harum Semerbak & Taburan Cip Coklat Versi Seperti Kedai Bakery Popular
5 Idea Manisan Berasaskan Coklat . Laku Keras Jana Pendapatan.
Terkejut Dengan Rasa Roti Goreng Sosej Cheese Leleh Sangat Enak
Roti Sardin Goreng Pedas Manja Menu Pantas Dan Tak Jemu
![Roti Sardin Goreng Pedas Manja Menu Pantas Dan Tak Jemu](https://cdn.rasa.my/2022/02/Untitled-design-12-min.png)
Roti sardin goreng ni nampak je simple tapi bila dah makan eh tiba-tiba dah habis sepinggan. Jangan pandang sebelah mata je resipi ni, belum cuba belum tahu hasilnya! Resipi yang dikongsikan oleh Marzie Hana di Facebook ni memang sangat sedap dan cara penyediaannya tak rumit langsung sekelip mata je boleh siap. Tak sampai 10 bahan pun dah jadi dah resipi ni. Haa jomlah cuba resipi ni sekarang.
ROTI SARDIN GORENG
BAHAN-BAHAN:
3 biji bawang merah
5 biji cili padi
1 tin sardin
Gula sedikit
Garam sedikit
CARA PENYEDIAAN:
1. Tumis bawang besar 3 biji, cili padi 5 biji sampai garing
2. Masak 1 tin sardin, masukkan gula dan garam.
3. Masak sampai kering sedikit tutup api dan lenyekkan
4. Letak di atas roti dan lipatkan.
5. Goreng sehingga kekuningan.
SELAMAT MENCUBA!
Kredit: Marzie Hana
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Telur Puyuh Balado Sawadikap Lauk Simple Ketika Malas
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official