Roti Sosej Gulung Istimewa Tumbuk-Tumbuk Doh Untuk Hasil Yang Gebu

Share

Uli sendiri doh tepung untuk hasilkan roti yang lembut dan gebu. Doh di lilit pada sosej dan digoreng dalam minyak panas. Boleh dihidangkan untuk minum petang atau sarapan pagi.

ROTI SOSEJ GULUNG

BAHAN-BAHAN:

  • 1/2 kilo tepung gandum
  • 2 sudu kecil mauripan
  • 2 sudu kecil gula
  • 2 sudu kecil susu
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 biji Telur
  • Serbuk roti
  • 1 1/2 cawan air suam

 

CARA MEMASAK:

  1. Satukan mauripan, gula, susu dan garam bancuh dengan air suam. Tunggu sampai berbuih banyak.
  2. Selepas itu masukkan bancuhan air ke dalam tepung.
  3. Kacau rata serta masukkan planta sikit demi sedikit sambil uli doh smpai doh tidak melekat di tangan.
  4. biarkan doh dan tunggu doh naik sekali ganda.
  5. Bila doh sudah naik tumbuk-tumbuk doh dan buat bulat sama besar.
  6. Gelek diatas tapak tangan doh yang sudah dibulat tadi.
  7. Lilitkan pada sosej
  8. Biarkan seketuka sampai doh naik lagi.
  9. Celupkan doh dalam telur yang telah di kacau dan golekkann ke dalam serbuk roti.
  10. Goreng sehingga keperanggan.

 



KREDIT RESIPI & GAMBAR: Razali Rossidah

ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI:

 

IKLAN