Roti pisang bakar rangup ini antara menu sarapan mudah tapi enak. Boleh jadi alternatif kepada roti bakar kaya atau jem yang jadi kebiasaan kita.
Campuran rasa lemak mentega, manis pisang dan gula yang sedikit karamel di atas permukaan roti menjadikan roti bakar ini bukan saja sesuai untuk hidangan pagimalah juga sebagai pencuci mulut.
Kalau ada roti yang hampir tamat tempoh atau pisang yang dah masak sangat, boleh gunakan untuk hidangan ini. Paling sedap dimakan panas-panas sebab terasa rangupnya
Beberapa keping roti (boleh guna roti putih biasa)
Pisang (jenis emas, berangan atau pisang rastali – ikut selera)
Sedikit mentega/planta – untuk sapuan
1 biji telur – dipukul
Gula secukupnya – untuk tabur
2. Sapu telur yang telah dipukul pada bahagian atas roti.
3. Potong pisang nipis-nipis, kemudian susun di atas roti mengikut kreativiti atau penuhkan keseluruhan permukaan.
4. Sapu lagi sedikit telur di atas pisang supaya ia lekang cantik dan berkilat selepas dibakar.
5. Taburkan gula di atas roti. Gula ini akan mencair dan membentuk lapisan karamel yang rangup dan manis bila dibakar.
6. Bakar dalam ketuhar suhu 175°C selama lebih kurang 20 minit atau sehingga permukaan berwarna keemasan dan pisang lembut.
Kredit resipi & foto: Siti Nur Baini
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA