Roti Naan Ala Turkish Bread Lembut Gebu Gebas, Pasti Ramai Yang Suka

Share

Roti Naan ni kalau dihidangkan dengan kuah kari memang padu. Bukan hanya sedap malah buatnya pun mudah. Kalau rasa tak lalu nak makan nasi buat roti nanti pasti berselera nanti.

 

ROTI NAAN

Bahan-bahan:

2 cawan tepung high protein

1/2 cawan air masak

1 sudu kecil yis

1 sudu besar gula

 

Cara membuat:

1.Uli semua bahan sehingga membentuk doh tak lekat di tangan, rehatkan 1 jam bagi doh kembang.

2.Bahagikan kepada 3 bahagian, bulatkan doh dan leperkan dengan rolling pin.

3.Bakar atas kuali 5-6 minit sehingga kedua-dua belah keperangan dan angkat.

Kredit: Nor Aini Abd Rahman

IKLAN