Roti Keju Salut Telur. Sesuai Untuk Bekal Anak Ke Sekolah

Share

Roti keju salut telur ini memang sesuai dijadikan bekal untuk anak-anak ke sekolah. Memang sedap dengan kejunya yang meleleh. Bahan pun tak banyak. Yang sudah tersedia di dapur rumah kita.

Sedap dimakan untuk sarapan, atau boleh juga dibuat untuk minum petang. Atau snek ketika duduk santai bersama keluarga pada waktu malam. Pendek kata, roti ini sesuai dimakan bila-bila masa yang kita suka.

Bahan pun tak banyak diperlukan. Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Har Ryea ini ye. Gerenti anak-anak suka.

Roti Keju Salut Telur

Bahan-bahan:

2 biji telur

Sedikit lada sulah – boleh beli online di sini

2 keping roti

Sedikit minyak – boleh beli online di sini

2 kepung keju cheddar – boleh beli online di sini

Cara Memasak:

Pukul telur dengan sedikit lada sulah.

Panaskan sedikit minyak dalan kuali leper dan tuang telur. Dadarkan telur.

Letakkan  keju di atas telur dadar.

Kemudian letakkan roti di atas kepingn keju tu.

Setelah itu, mula lipat telur dadar dari tepi kuali dan tutup roti dan keju.

Terbalikkan buat seketika.

Siap, dah boleh angkat. Potong dan sedap dimakan panas-panas.

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

 

IKLAN