Roti John Style Kampung, Letak Cili Padi, Barulah Power

Share

Ada kalanya, tekak kita inginkan sesuatu yang pedas namun teringin juga menikmati makanan gaya ala barat. Lagi-lagi kalau telah terbiasa dengan cita rasa pedas.

Roti john telah biasa kita lihat cara penyediaannya yang ringkas iaitu sedikit sayuran dan telur sahaja. Namun, olahan meletakkan cili padi bancuhan telur sangat menarik kerana sesuai dengan selera masyarakat tempatan.

Jom kita cuba resipi roti john pedas ni.

ROTI JOHN CILI PADI

Roti John Style Kampung, Letak Cili Padi, Barulah Power

BAHAN-BAHAN
2 biji telur ayam
1 keping daging burger
1/2 labu bawang besar (potong dadu)
3 tangkai cili padi
Garam secukup rasa
sedikit marjerin
1 ketul roti john
Sos cili
Moyones

Nampak cili padi di dalam telur.

CARA MEMBUAT
1. Pecahkan telur ayam.
2. Masukkan daging burger yang telah dihancurkan.
3. Masukkan bawang besar.
4. Masukkan hirisan cili padi.
5. Masukkan sedikit garam.
6. Gaul semuanya sehingga sebati.
7. Atas kuali leper, letakkan sedikit marjerin.
8. Tuangkan bancuhan telur tadi. Masak seketika.
9. Tekapkan roti john. Biarkan bancuhan masak.
10. Terbalikkan roti. Biarkan seketika.
11. Angkat dan letakkan di atas pinggan.
12. Tuangkan sos cili dan mayones. Sedia dimakan.

Gabungan mayones dan sos cili yang mengasyikkan.

Selamat mencuba!

Sedapnya bila tergigit hirisan cili padi tu. Fuhhhh.

Kredit: Burger & Roti John Amran Karno

IKLAN