Kalau ada roti lebih semalam, jangan buang! Campur dengan telur, serbuk perasa, mayones dan goreng rangup, terus jadi menu bajet yang bukan saja mudah dibuat, tapi juga sedap tak terkata. Roti Goreng Telur ni memang penyelamat kalau tengah pokai hujung bulan atau bila nak sarapan/minum petang cepat tapi mengenyangkan. Confirm licin satu pinggan, anak pun suka!
ROTI GORENG TELUR


Bahan-bahan:
- 10 keping roti putih
- 5 biji telur rebus | dilenyek kasar
- 5 sudu besar mayones
- 1 sudu besar serbuk bawang putih
- 2 sudu besar sos cili
- 2 sudu besar sos tomato
- Garam
- 1 sudu besar lada sulah
- Cheese slice
- Breadcrumbs secukupnya
- Telur | untuk salut roti
Cara Memasak:
- Di dalam mangkuk, masukkan telur rebus dan lenyekkan. Masukkan mayones, serbuk bawang putih, sos cili, sos tomato, garam dan lada sulah. Gaul sebati.
- Di atas papan pemotong, lenyekkan roti dan letakkan sesudu inti telur mayones tadi. Tambahkan kepingan keju di atasnya. Letakkan sekeping roti di atasnya.
- Tekan bahagian hujung roti menggunakan garfu dan boleh salutkan roti bersama telur. Kemudian, salutkan dengan breadcrumbs.
- Di dalam api sederhana, goreng roti hingga keperangan.
- Siap! Boleh dinikmati ketika Roti Goreng Telur masih panas. Boleh letakkan sos cili di atas roti jika suka.
TONTON VIDEO PENUH DI SINI:
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official