Roti Canai Lembut & Gebu, Dapat Sekeping Puas Makan

Share

Siapa suka makan roti canai? Rasanya semua menggemarinya. Jadi jomlah kita buat sendiri. Lagi puas menikmatinya dari air tangan sendiri.

 

ROTI CANAI

Bahan-bahan:

1 kg tepung gandum

1 biji telur

2 sudu makan susu pekat. Tak nak letak pun boleh

750ml air. Kalau adunan keras boleh tambah

1 sudu teh penuh garam

3 sudu makan minyak sapi

1/2 cawan minyak masak

 

Cara membuat:

1.Masukkan tepung dalam besen.

2.Masuk telur dan susu pekat. Gaulkan.Tuang air sikit sikit sampai doh tak lekat di tangan. Bila dah jadi doh. Perapkan dalam 20 min.

3.Kemudian baru uli. Masa ni baru lumurkan campuran minyak sapi dan minyak masak. Uli sampai lembut dan halus atau licin. Timbang dalam 80-90 gram.

4.Bulatkan celup dengan campuran minyak tadi. Masuk bekas tutup. Perap dalam 2 jam baru tebar.

5.Kalau tak suka susu pekat boleh ganti susu kotak. Kurangkan kuantiti air.

*Kalau tak ada minyak sapi boleh ganti mentega atau margerin.

*Kalau susu kotak ada,guna susu sepenuhnya. Lagi gebu lembut walau dah sejuk.

Kredit: Ithnin Halipah

IKLAN