Roti Bakar Kastard Yogurt Versi Sihat Tapi Sedap

Share

Roti bakar kastard yogurt ini sedap walau pun cara pembuatannya versi lebih sihat. Roti dibakar dan tak menggunakan minyak. Bahkan terdapat buah-buahan juga.

Siapa cakap makanan untuk orang diet tak sedap ye? Roti bakar kastard yogurt atau Yogurt Custard Toast ini cukup mudah nak membuatnya. Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Tuan Adrianna Arissa ini.

Yogurt Custard Toast

Bahan-bahan:

2 keping roti – seeloknya wholemeal – boleh beli online di sini

1 biji telur

2 sudu besar Greek yogurt / Natural yogurt – boleh beli online di sini

1 sudu besar sirap maple / honey

Buah-buahan segar – beri, strawberi, pisang (terpulang selera)

Serbuk kulit kayu manis – pilihan – boleh beli online di sini

Cara Masak Roti Bakar Yogurt Kastard:

Ambil sekeping roti, lenyekkan nipis bahagian tengah dengan menggunakan sudu.

Dalam satu bekas, campurkan bahan yogurt, sirap maple, serbuk kulit kayu manis dan telur.  Kacau sebati. Kalau tak suka rasa dan bau kayu manis, boleh skip.

Letakkan campuran yogurt itu di atas roti tadi dan susun buah-buahan pilihan. Terpulang berapa banyak nak letak dan buah apa. 

Susun roti di dalam tray di dalam air fryer. Bakar suhu 160 -170 selama 10 minit. Siap!

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

IKLAN