Roti Bakar Ala Kopitiam, Mudah Sangat Nak Buat Sendiri Di Rumah

Share

Roti bakar ala kopitiam ini mudah sangat nak buat sendiri. Bahkan ia rangup dan sedap rasanya. Selalunya nak makan roti macam ni kenalah ke kopitiam. Tapi kini tak perlu lagi. Buat sendiri kat rumah. Boleh makan puas-puas.

Tak susah nak membuatnya. bagi ibu-ibu bekerja, masih boleh menyedikan pada hari bekerja kerana ia sangat mudah disediakan. Tak perlu masa yang lama.

Untuk bekal anak-anak ke sekolah pun sesuai sangat. Untuk mak-mak bawa ke pejabat pun boleh.

Cubalah resipi yang dikongsikan oleh puan Izz Aishah ini ye. Bahan pun tak banyak diperlukan. Yang penting, sedap. Gandingkan pula dengan kopi. Aduh, macam duduk di kopitiam. Selamat mencuba!

Roti Bakar Ala Kopitiam

Bahan-bahan:

Roti gardenia

Sekaya – boleh beli online di sini

Mentega – boleh beli online di sini

Cara Memasak:

Potong bahagian tepi roti. Sapu kaya dekat roti.

Kemudian potong mentega dan letak di atas roti (tengok gambar).

Setelah itu bakar pada suhu 190C selama 7-10 minit menggunakan air fryer. Kalau pakai oven, rasa suhu sama je. Guna api atas bawah.

Siap!! Mudah sangat kan?

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

 

IKLAN