Makan

Roti Arab Gebu & Sedap, Resipi Mudah 6 Bahan Memang Puas Hati!

Share

Lain rasanya kalau makan Roti Arab panas-panas yang baru keluar dari oven ni tau. Baunya pun dah cukup menggoda, apatah lagi bila dapat makan waktu roti masih lembut dan gebu.

Ni dia resipi Roti Arab yang mudah dibuat. Bahan ramuannya pun cuma enam bahan aje, tak termasuk air dan garam. Memang sesuai sangat kalau nak cuba buat sendiri di rumah sebab bahan-bahannya mudah didapati dan cara membuatnya pun tak rumit.

Jom tengok resipi daripada perkongsian Chef Ninja di laman FBnya dan juga di Rasa Share Resipi.

Kata Chef Ninja, Roti Arab ni memang sedap kalau dinikmati bersama gulai daging. Kalau min suka makan dengan kari ayam aje…pergghh. Cicah roti yang masih panas dengan kuah kari memang cukup menyelerakan.

Kalau selama ni selalu beli, apa kata kali ni cuba buat sendiri. Lagi puas hati sebab boleh nikmati terus selepas keluar dari oven. Dengan sukatan ini, adunan boleh dibahagikan kepada 10 bahagian, jadi memang cukup untuk dinikmati bersama keluarga.

Resipi Roti Arab Gebu dan Mudah

Untuk membuatnya, sediakan bahan-bahan di bawah. Pastikan adunan diuli sehingga elastik dan diberi masa yang cukup untuk mengembang supaya hasil roti lebih cantik dan gebu.

Bahan-Bahan Roti Arab

  • 500 gm tepung gandum
  • 1 sudu besar yis
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 2 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar gula
  • 1 biji telor
  • 1 cawan air
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak Roti Arab

  1. Satukan semua bahan dan uli sehingga elastik.
  2. Biarkan adunan sehingga kembang 2 kali ganda.
  3. Tumbuk-tumbuk adunan untuk buang angin dalam tepung dan bentukkan bulat-bulat, ikut besar mana kita nak.
  4. Bahagikan kepada 10 bahagian.
  5. Canai dan rehatkan atas dulang pembakar selama 10 minit. Masa canai tu tabur sikit tepung supaya tidak melekat. Dulang pula sapu sikit butter atau minyak.
  6. Bakar pada suhu 150°C selama 20 minit.

Roti Arab Lagi Sedap Dimakan Panas-Panas

Bila dah siap dibakar, bolehlah terus hidangkan sementara masih panas. Waktu ni teksturnya masih lembut dan memang sedap bila dikoyakkan lalu dicicah dengan kuah kegemaran.

Kalau ikut perkongsian Chef Ninja, gulai daging memang pasangan yang sedap untuk roti ni. Tapi kalau di rumah ada kari ayam, kari daging atau kuah lain yang pekat, boleh juga makan bersama. Ikut selera masing-masing.

Satu lagi perkara penting ialah beri masa kepada adunan untuk mengembang sehingga dua kali ganda seperti dalam resipi asal. Selepas dibentuk dan dicanai, rehatkan pula selama 10 minit sebelum masuk ke dalam oven. Proses ringkas ni membantu mendapatkan hasil roti yang lebih elok.

Suhu dan tempoh pembakaran pula boleh diperhatikan mengikut keadaan oven masing-masing kerana tahap kepanasan oven mungkin berbeza. Resipi asal menggunakan suhu 150°C selama kira-kira 20 minit.

Resipi Roti Arab Sesuai Dicuba Di Rumah

Dengan bahan yang ringkas macam ni, memang tak susah nak cuba. Kebanyakan bahannya pun mungkin dah ada di dapur. Cuma perlu sediakan tepung gandum, yis, susu tepung, mentega, gula dan telor sebagai bahan utamanya.

Yang paling best tentulah bila satu rumah mula berbau harum masa roti sedang dibakar. Bila dah masak, hidangkan terus dengan gulai daging atau kari ayam. Dapat pula kuah yang pekat dan cukup rasa, memang susah nak berhenti mencicah.

Jadi kalau teringin nak makan roti panas-panas dari oven, bolehlah cuba resipi mudah ni. Tak perlu bahan yang terlalu banyak dan hasilnya boleh dikongsi ramai-ramai. Buat untuk sarapan boleh, minum petang pun sedap, malah nak makan bersama lauk berkuah pun sesuai.

SELAMAT MENCUBA SEMUA!

Kredit foto & resipi: FB Chef Ninja

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Nur