Rojak Tauhu Yang Sungguh Sedap, Korang boleh Cuba.

Share

Rojak Tauhu, menu pembuka selera yang sedap dan mudah disediakan. Kuah boleh buat lebih dan simpan boleh juga cicah dengan buah potong. Macam mana nak buat, macam biasa RASA kongsikan resipinya di sini, anda boleh cuba, kalau nak tambah bahan isiannya pun boleh. Macam sedap je kalau tambah telur puyuh rasakan.

ROJAK TAUHU
BAHAN-BAHAN:
BAHAN KUAH:
10 tangkai cili kering | blend halus
1/2 cawan sos cili
2 inci belacan
1 cawan gula melaka
1/2 cawan gula pasir
1/3 cawan kicap pekat manis
1 cawan air
3 sudu makan tepung jagung


BAHAN ISIAN ROJAK TAUHU:
4-5 keping tauhu | goreng
1 cekak kangkung | celur
1 mangkuk tauge | celur

1 batang timun | hiris memanjang
1 cawan kacang tanah | goreng dan tumbuk kasar

CARA MEMBUAT:

  1. Campur semua bahan kecuali tepung jagung.
  2. Masak sampai gula semua cair dan mendidih.
  3. Kemudian masukkan tepung jagung.Kacau sampai pekat dan sejukkan.
  4. Sediakan bahan isian dalam pinggan, kemudian tuangkan kuah dan taburkan kacang di atasnya (boleh juga campurkan terus kacang dalam kuah).
  5. Gaul rata dan bleh hidangkan.Kredit to Aleeya Maisarah
IKLAN