Ringkas, Sedap & Berkhasiat. Resipi Ayam Kukus Halia Menu Ideal Untuk Keluarga.

Share

Masakan yang paling sederhana dan cepat untuk di masak. Ada lauk ni, tak perlu dah lauk pauk utama yang lain. Cukup sekadar jamu selera dengan nasi putih sahaja. Kalau nak rasa pedas, boleh makan bersama cili potong atau sos thai. Bagi melengkapkan hidangan, anda juga boleh nikmatinya bersama  sayur Bak Choy Sos Tiram dan Taugeh Celur. Sedap!

AYAM KUKUS HALIA

BAHAN-BAHAN:

  • Ayam – dipotong kecil

BAHAN-BAHAN PERAP:

  • 3cm halia – hiris kecil
  • 2 ulas bawang putih – cincang
  • 1/2 sudu makan kicap cair
  • Sedikit garam
  • Serbuk lada putih – jika suka
  • 1/2 sudu makan minyak bijan
  • Daun bawang – dihiris

CARA MEMASAK:

  1. Bersihkan ayam dan toskan airnya. Kemudian lumur ayam dengan bahan-bahan perap selama 30 minit.
  2. Panaskan periuk kukusan dan kukus selama 10-15 minit.
  3. Waktu kukusan juga berbeza bergantung kepada berapa banyak ayam yang digunakan. Jika banyak anda masak, lebihkan masanya supaya semua ayam masak sekata.
  4. Setelah ayam masak, tabur hirisan daun bawang. Siap untuk dihidangkan.

Kredit resepi & foto: Jo Isabelle Joannes

IKLAN