Ringkas & Mudah, Resipi Kuah Dhal Sedap Cicah Roti Canai

Share

Sedapnya makan Roti Canai garing bersama Kuah Kacang Dhal. Letak kuah banyak, jadi Roti Canai Banjir. Waduh… Nikmatnya! Kalau di rumah ada Roti Canai sejukbeku, masak je Kuah Dhal sendiri. Mudah sahaja! Bahan-bahannya juga ringkas. Saudari Nik Nazirah ada kongsikan satu resipi Kuah Kacang Dhal ringkas tapi sedap yang anda boleh cuba.

 

RESIPI KUAH KACANG DHAL ROTI CANAI SEDAP & MUDAH

BAHAN-BAHAN:
1 cawan kacang dhal beli online disini
1 sudu teh serbuk kunyit beli online disini


1/2 sudu teh serbuk cili – optional beli online disini
2-3 ulas bawang merah (*) – hiris nipis beli online disini
2-3 ulas bawang putih (*) – hiris nipis beli online disini
1 inci halia (*) – mayang halus
1 sudu teh biji sawi (*) beli online disini
1 batang kulit kayu manis (*) beli online disini
1 kuntum bunga lawang (*) beli online disini
3-4 kuntum bunga cengkih (*) beli online disini
1 tangkai daun kari (*)
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

CARA MEMASAK:
1. Basuh bersih kacang dhal dan rebus hingga empuk. Masukkan juga serbuk kunyit, serbuk cili dan sedikit garam.
2. Bila kacang sudah empuk, biarkan seketika.


3. Dalam masa yang sama, tumis bahan yang bertanda (*) hingga layu, sedikit kekuningan dan harum.


4. Lenyek-lenyekkan sikit kacang dhal agar tekstur kuah kacang dhal ada yang halus dan kasar.


5. Masukkan bahan tumis ke dalam periuk kacang dhal tadi dan masak lagi hingga bahan tumis dan kacang dhal tadi bergaul sempurna. Masak dalam lebih kurang 5-10 minit.


6. Masukkan garam gula secukup rasa. Siap!


7. Sejukkan kuah terlebih dahulu sebelum dihidang.

INFO: Serbuk cili dimasukkan ke dalam kuah bertujuan untuk menaikkan lagi warna kuning kunyit supaya lebih menyerlah.

 

Kredit resipi & foto: Nik Nazirah

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN