Bagi penggemar sajian pedas bercili, resipi Berlado Kentang Bersama Ikan Bilisperkongsian saudari NurulAin Alaui ni boleh anda cuba. Sangat mudah dan ringkas sahaja resipinya tetapi rasanya, bak lauk dari restoran mewah. Nikmat tak terkata. Makan dengan nasi panas sahaja sudah cukup. Menurut empunya resipi juga, arwah bapanya Hj Alaui Bin Nor yang mengajarnya masak menu berlada ini dan berharap agar pahala yang diperolehi dari perkongsian resipi ini, mengalir kembali kepada arwah. Insyaallah.
CARA MEMASAK: 1.Kupas ubi kentang dan potong bulat. Ketebalannya tidak terlalu nipis dan tidak terlalau tebal. Goreng sampai masak. 2. Bersihkan ikan bilis, goreng hingga garing. Angkat dan toskan minyaknya. 3. Satukan bawang merah, bawang putih, cili padi hijau dan cili padi merah. Kisar kasar. Jumlahnya bergantung pada jumah kentang yang anda guna. 4. Panaskan minyak (boleh guna minyak lebihan goreng bilis tadi), kemudian tumis bahan kisar sampai garing.
Ads
5. Masukkan garam, sedikit gula, aji dan perah jus limau kasturi. Jika tidak suka rasa limau, boleh abaikan. (empunya resipi suka letak limau kerana aromanya yang wangi.) 6. Bila sambal sudah garing, masukkan kentang dan bilis yang sudah digoreng awal tadi. Gaul rata.
7. Angkat dan Berlado Kentang Bersama Ikan Bilis sedia untuk dinikmati.
Kalau tak tahu nak masak apa kat rumah, buat je ayam goreng kunyit macam resipi ini. Rasanya sangat sedap dan menaikkan selera makan.om tengok resipi ni. Buat ikut yang diberikan ya.
AYAM GORENG KUNYIT
Bahan-bahan
• isi ayam potong kecil kecil #
• 1 sudu besar tepung jagung #
• 1 sudu kecil serbuk kari #
• 1 sudu besar serbuk kunyit #
• 1 sudu kecil garam #
• halia (kisar halus) #
• minyak masak
• bawang holland
• kacang panjang
• lobak merah
• bunga kobis
• cili besar
Cara membuat
1. Satukan bahan-bahan bertanda #. Gaul ayam dengan bahan-bahan ini sampai sebati.
2. Panaskan minyak masak. Minyak kena banyak biar ayam tenggelam.
3. Masukkan ayam dan goreng sehingga garing.
4. Bila ayam sudah masak, masukkan sayur-sayuran. Goreng seketika.
Tip: Halia tu dikisar halus. Itu yang menambah sedap.
Ayam Masak Paprik memang digemari ramai dan menjadi antara ‘Top 10 Menu’ yang selalu di pesan di kedai dan restoran masakan panas. Anda dan keluarga pun suka menu ni? Ha… Bolehlah cuba masak sendiri guna resipi perkongsian saudari Mariana Zainal ni. Sedap dan memang mudah. Jom cuba!
AYAM MASAK PAPRIK SEDAP. BEGINI CARA MASAKNYA
BAHAN-BAHAN:
Sedikit ayam – potong kecil-kecil
2 batang lobak merah – potong ikut suka
5 batang putik jagung – potong ikut suka
3-4 tangkai kacang panjang – dipotong (boleh ganti dengan bunga kubis)
10 biji cili padi
4 sudu besar sos cili – beli online disini
2 sudu besar sos labu (jika tiada jangan letak) – beli online disini
4 batang serai – diketuk
5-6 helai daun limau purut – carik
Sedikit kicap manis (untuk gelapkan kuah) – beli online disini
1 sudu besar gula
1 sudu teh garam
Sedikit bahan perasa
2 1/2 senduk minyak masak (untuk menumis)
1/2 cawan air (untuk kuahnya)
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak masak dan masukkan serai. Goreng hingga perang.
2. Kemudian masukkan bahan kisar, gula, garam dan perasa. Tumis hingga betul-betul naik minyak dan berubah warna.
3. Masukkan sos cili, sos labu (abaikan jika tiada) dan kicap. Kacau lagi.
4. Masukkan ayam dan daun limau purut. Kacau sebati.
5. Seterusnya masukkan semua sayuran dan cili padi.
6. Masukkan air dan biar hingga mendidih ganas. Sesuaikan rasa mengikut selera anda.
Tauhu sumber protien yang murah dan sedap, untuk itu apa kata korang pelbagaikan menu sumber protein ini sebagai hidangan sihat untuk keluarga. Selain, murah, cara memasaknya juga ringkas dan senang. Malah rasanya juga tidak pernah mengecewakan. Anda yang ingin mencuba, ini ada 10 resipi menu berasaskan tauhu yang boleh korang semua cuba.
TAUHU CENDAWAN KUKUS SOS MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
2 keping tauhu | hancurkan
1 tiup tauhu Jepun | hancurkan
1 biji telur | pecah dan kacau rata
4 biji cendawan Shitake | cincang halus
1/2 biji bawang Holland | cincang halus
1/2 biji cili Benggala | cincang halus
1 sudu teh serbuk perasa ayam
1 sudu teh serbuk lada sulah
Garam halus secukup rasa
BAHAN SOS:
4 sudu makan sos cili Thai
1 su makan madu
1 sudu makan perahan jus lemon
Garam dan gula secukup rasa
2 ulas baudwang putih | cincang halus
Sedikit cili Benggala | dadu halus
Sedikit minyak masak
CARA MEMASAK:
Campurkan semua bahan di dalam mangkuk besar, gaul rata dan pastikan ia secukup rasa.
Panaskan pengukus.
Sementara itu, sudukan bahan adunan tauhu dalam acuan kuih lompang.
Kemudian, susun dalam pengukus dan kukus hingga masak lebih kurang 10-15 minit.
Sementara itu, panaskan sedikit minyak masak, tumis bawang putih, kemudian masukkan cili Benggala.
Setelah layu masukkan sos cili Thai, madu dan jus lemon.
Seterusnya perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Tutup api.
Keluarkan tauhu kukus dan susun dalam pinggan.
Tuangkan sos di atas tauhu dan sedia dihidangkan.
TAUHU GORENG MENTEGA RANGGUP
BAHAN-BAHAN:
3 keping tauhu biasa | potong dadu
1 cawan serbuk roti
3 sudu makan tepung jagung
6 ulas bawang putih | cincang halus
5 biji cili padi | hiris halus
1 pokok daun bawang | hiris 2cm
Garam dan gula secukup rasa
2 sudu makan mentega
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Tauhu yang telah dipotong dadu digaulkan dengan tepung jagung dan sedikit garam. Gaul rata.
Panaskan minyak, goreng tauhu hingga garing angkat dan ketepikan.
Menggunakan kuali lain, panaskan mentega bersama 1 sudu makan minyak masak.
Tumiskan bawang putih dan cili padi hingga wangi.
Masukkan serbuk roti, tumis hingga kekuningan.
Tambahkan di dalamnya hirisan daun bawang dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Setelag garing tutup , masukkan tauhu dan gaul rata.
Sedia dihidangkan panas-panas.
TAUHU TELUR BERSAMA CENDAWAN SHITAKE TUMIS SOS TIRAM
BAHAN-BAHAN:
2 tiup tauhu Telur | hiris bulat dan gaulkan dengan sedikit tepung gandum
3 biji cendawan shitake | hiris
Sedikit hirisan batang seleri
1/2 biji cili Benggala Merah | hiris
1/2 biji bawang besar | hiris
2 ulas bawang putih | titik
2 sudu makan sos tiram
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu teh serbuk pati ayam
2 sudu makan minyak masak | untuk menumis
Minyak Masak secukupnya untuk menggoreng tauhu
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak masak, kemudian goreng tauhu hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
Menggunakan kuali lain, panaskan sedikit minyak dan tumis hirisan bawang besar dan putih hingga wangi.
Masukkan cendawan, kacau seketika tambahkan dengan hirisan cili Benggala dan batang Seleri. Kacau rata.
Setelah layu masukkan hirisan tauhu yang telah digoreng, sos tiram, serbuk lada sulah dan pati ayam.
Gaul rata dan tutup api dan sedia dihidangkan.
TAUHU KUKUS SAMBAL DAGING KISAR
BAHAN-BAHAN:
1 pek tauhu Jepun
150gm daging kisar
2 ulas bawang merah | cincang halus
2 ulas bawang putih | cincang halus
1 sudu makan pes cili kering
2 helai daun limau purut
Sedikit hirisan halus cili Benggala
Garam dan gula secukup rasa
2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Panaskan pengukus, kemudian kukus tauhu Jepun lebih kurang 5-7 minit. Angkat dan ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang merah dan putih hingga wangi.
Kemudian masukkan pes cili, hirisan daun limau purut dan cili benggala, kacau hingga pecah minyak,
Seterusnya masukkan daging kisar, kacau rata hingga daging bertukar warna dan air daging kering.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Setelah siap, tuangkan sambal daging ini di atas tauhu yang telah dikukus tadi.
Tauhu sedia dihidangkan.
TAUHU TUMIS TAUCHU
BAHAN-BAHAN:
2 keping tauhu | potong dadu dan goreng
1/2 batang timun Jepun | potong dadu
1/2 batang lobak merah | potong dadu
Sedikit biji gajus | goreng
Sedikit udang kering
5 biji cili kecil merah | belah hujung
5 biji bawang merah | belah dua
4 ulas bawang putih | belah dua
2cm halia muda | hiris halus memanjang
2 sudu makan tauchu
1 sudu makan pes cili kering
1 sudu makan cuka
Gula secukup rasa
2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih, udang kering dan cili padai hingga wangi.
Masukkan pes cili kering, kacau rata dan masukkan tauchu dan cuka.
Setelah pecah, masukkan hirisan lobak merah dan timun.
Kacau hingga layu, masukkan tauhu goreng dan gajus.
Perasakan dengan sedikit gula.
Kacau rata dan tutup api.
Tauhu sedia dihidangkan.
TAUHU UDANG BERLADO
BAHAN-BAHAN:
2 keping tauhu | potong dadu
200gm udang | buang kulit dan kepala dan belah belakang
2 sudu makan pes cili kering
3 biji cili merah | kisar kasar
1/2 biji bawang besar | potong dadu halus
2 ulas bawang putih | cincang halus
1 sudu makan air asam Jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak | untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, goreng tauhu hingga garing. Angkat dan tos.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
Tumiskan bawang merah dan putih hingga wangi.
Seterusnya masukkan pes cili dan cili merah kisar. Kacau rata.
Setelah pecah minyak, masukkan udang, kacau hingga udang bertukar warna kemerahan.
Masukkan air asam Jawa dan tauhu. Kacau lagi.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Setelah cukup rasa dan masak.
Tauhu sedia dihidangkan.
TOMYAM TAUHU POK BERSAMA UDANG
BAHAN-BAHAN
6 biji tauhu pok | belah empat
5 ekor udang | saiz sederhana
1/2 batang Seleri | hiris serong
1 biji tomato | potong dadu
5 biji cili padi | titik
2 batang serai | titik
1/2 biji bawang Holland | hiris
2 sudu makan pes tomyam
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Masukkan air dalam periuk bersama pes tomyam, cili padi, hirisan bawang, serai titik.
Kacau rata dan masak atas api hingga mereneh.
Masukkan udang dan tauhu pok di dalamnya, kacau rata.
Setelah mereneh, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Tutup api,masukkan hiris batang seleri dan tomato.
Angkat dan sedia dihidangkan.
JEJARI TAUHU BERDAGING
BAHAN-BAHAN:
3 keping tauhu | hancurkan
1 keping tauhu Jepun | hancurkan
1biji telur
2 sudu makan tepung jagung
150gm daging kisar
1/2 hirisan daun bawang
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu teh serbuk pati ayam
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
BAHAN SOS MASTARD
2 sudu makan sos mustard
1 sudu makan mayones
1 sudu makan jus lemon
1 sudu makan madu
2 biji cili padi | hiris
CARA MEMASAK:
Campurkan semua bahan untuk Jejari Tauhu. Gaul rata.
Masukkan dalam loyang yang beralas plastik dan kukus hingga masak lebih kurang 10-15 minit.
Setelah sejuk, potongkan bentuk jejari.
Gaulkan dalam tepung gandum yang telah dicampurkan sedikit garam dan lada sulah. Ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali, kemudian goreng Jejari Tauhu hingga kekuningan, angkat dan toskan minyak.
Untuk menyediakan sos campurkan semua bahan dan kacau rata.
Hidangkan Jejari Tauhu bersama Sos Mustard.
NAGGUT AYAM SOS LEMON
BAHAN-BAHAN:
3 keping tauhu
1 tiup tauhu Jepun
1 cawan isi ayam | carik halus
1/2 cawan hirisan daun ketumbar
1/2 cawan tepung gandum
1 biji telur ayam
1 sudu makan serbuk pati ayam
1 sudu teh serbuk lada sulah
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
BAHAN SOS LEMON
1 sudu makan pati oren Sunquick
1 biji lemon | ambil jus sahaja
1 sudu makan tepung jagung | bancuh dengan 1/2 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
1 sudu teh serbuk pati ayam
1 ulas bawang putih | cincang
1 sudu teh mentega
CARA MEMASAK:
Campurkan semua bahan untuk naggut. Gaul rata.
Masukkan dalam loyang yang beralas plastik dan kukus hingga masak lebih kurang 10-15 minit.
Setelah sejuk, potongkan bentuk empat segi tepat. Gaul dalam tepung yang dicampurkan dengan sedikit garam dan lada sulah. Ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali, kemudian naggut hingga kekuningan, angkat dan toskan minyak.
Sementara itu panaskan mentega atas api kecil, tumis bawang putih hingga wangi.
Masukkan pati oren Sun quick dan jus lemon.
Kacau rata dan masukkan bancuhan tepung jagung.
Kacau rata hingga mendidih menjadi sos pekat. Tutup api.
Setelah siap hidangkan nuggat dengan sos lemon.
ROLADE TAUHU
BAHAN-BAHAN:
2 keping tauhu | kukus dan hancurkan
150gm isi ayam kisar
2 ulas bawang putih | cincang halus
1/2 biji bawang besar | cincang halus
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu teh garam halus
1 sudu makan mentega
BAHAN TELUR DADAR:
2 biji telur
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak atas api sederhana, tumis bawang besar dan putih hingga wangi.
Masukkan daging kisar, kacau rata.
Seterunya masukkan pula tauhu yang telah dihancurkan.
Perasakan dengan garam dan lada sulah secukup rasa, Angkat dan ketepikan.
Untuk menyediakan telur dadar, pecahkan telur dalam mangkuk, tambah sedikit garam dan kacau rata.
Panaskan kuali leper saiz sederhana yang tidak melekat.
Tuangkan bancuhan telur, dan layangkan bancuhan telur agar memenuhi bulatan kuali, tutup api apabila permukaan telur kering.
Pindangkan telur atas papan pencanai, lapiskan di atasnya dengan campuran tauhu dan isi ayam tadi.
Perlahan-lahan gulungkannya dengan kemas.
Balut gulungan atau rolade dengan aluminium foil.
Apabila sedia digunakan buka bungkusan dan potong bentuk bulat dan Rolade sedia dihidangkan dengan pelbagai cita rasa yang anda suka.
Nak buat kuih akok tapi tiada dapur arang? Cuba resipi akok homemade yang mudah ini! Hanya guna sandwic maker, hasilnya tetap lembut, lemak manis, dan keemasan.