Rindu Nak Makan Loaded Potato Bowl? Cuba Buat Resipi Ini Di Rumah

Share

Siapa yang pernah makan loaded potato bowl KFC sahaja tahu betapa sedapnya menu yang satu itu. Hadir dengan kentang lenyek, ayam goreng serta cheese yang cukup sempurna rasanya. Menu ini pun sudah tiada di KFC. Jika anda rindu nak makan loaded potato bowl ni, buat je sendiri di rumah menggunakan resipi yang dikongsi oleh Tyra Manan ini. Confirm menjadi!

LOADED POTATO BOWL

 

BAHAN-BAHAN MASHED POTATO:

  • 1kg kentang
  • 100g butter | dipotong dadu
  • 100ml whipping cream
  • 50ml air
  • Lada hitam
  • Garam secukupnya

 

CARA MEMASAK:
1. Rebus kentang sehingga betul-betul lembut.
2. Kemudian, campurkan semua bahan di atas. Gaul sehingga butter betul-betul cair.
3. Okay siap.

 

BAHAN-BAHAN AYAM:

  • Ayam dada | dipotong dadu
  • Tepung bestari

 

CARA MEMASAK:
1. Bancuh tepung dengan air dan salutkan ayam dengan tepung tersebut.
2. Goreng sehingga kekuningan di dalam minyak panas.

 

BAHAN TOPPING:

  • Jagung rebus
  • Cheese | dibancuh dengan air panas
  • Mayonis

 

  • Jagung direbus terlebih dahulu. Jangan rebus terlalu lama, takut kecut. Kemudian gaulkan dengan gula dan sedikit garam.

 

CARA NAK LETAK DALAM BOWL:

  1. Letakkan mashed potato terlebih dahulu.
  2. Kemudian, masukkan cheese dan mayonis.
  3. Ulang lagi dengan meletakkan mashed potato. Ikut berapa lapisan yang anda mahu.
  4. Akhir sekali, letakkan jagung, ayam goreng dan curahkan cheese serta mayonis.
  5. Siap. Boleh dimakan!

 

Kredit resipi & foto: Tyra Manan

 

Anda mencari PERIUK KACA? Boleh klik DISINI.

 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:

 

IKLAN