Resipi udang ketak masak kung pao? Selalu makan ayam kung pao, kali ini boleh cuba versi seafood.
Udang rangup yang digaul dengan kuah atau sos masam, manis, pedas serta aroma wangi halia dan cili kering memang akan menambat selera. Kuah pekat sedap yang bersalut pada udang rangup confirm akan buat kita makan tanpa tinggal sisa.
Cara membuatnya juga tak susah sama saja dengan ayam masak kung pao. Cubalah!
350g udang ketak -dibersihkan dan dibuang kulitnya
1 biji putih telur
1 sudu kecil minyak masak
Sedikit lada hitam
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
1 ½ sudu besar kicap cair
½ sudu besar cuka
½ sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar gula
¼ sudu kecil minyak bijan
100ml air
*Satukan semua bahan ini.
Halia – dihiris
Bawang putih – dicincang
Cili kering – dipotong
1 sudu besar sos tiram
Bawang holland – dipotong dadu besar
Daun bawang – dipotong
1. Gaulkan udang dengan bahan salutan hingga sebati.
2. Panaskan minyak, goreng udang hingga keemasan. Angkat, kemudian goreng sekali lagi untuk hasil lebih rangup. Toskan.
3. Dalam kuali lain, tumis halia, bawang putih dan cili kering hingga wangi. Masukkan campuran bahan sos bersama sos tiram. Kacau hingga kuah sedikit pekat.
4. Masukkan udang goreng, bawang holland dan daun bawang. Gaul rata hingga semua bahan mesra.
Sedia untuk dihidangkan panas-panas bersama nasi putih.
Kredit Resipi & Foto: Fizah Meor
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA