Resipi Udang Celup Tepung Yang Rangup & Sedap, Rasa Sama Macam Makan Di Restoran Tom Yam

Share

Selalunya bila makan di restoran tom yam antara menu yang dipesan ialah Udang Celup Tepung. Perasan tak, Udang Celup Tepung di restoran tom yam sedap sangat. Bila buat di rumah tidak pula dapat rasa sama macam itu. Rahsia sedap Udang Celup Tepung ialah pada bancuhan tepungnya. Jika anda inginkan Udang Celup Tepung yang rasanya seperti Udang Celup yang dimakan di restoran tom yam, bolehlah cuba resipi yang dikongsikan oleh Wan Luqman

ini.

RESEPI UDANG CELUP TEPUNG

BAHAN:

10 ekor udang
80 gm tepung Gogi
2 sudu minyak masak –BELI ONLINE
50 ml air sejuk

CARA MEMBUAT:

1. Buang kulit udang. Tarik bahagian hitam belakang udang yang siap dibuang kulit tadi. Boleh guna pencungkil gigi.

2. Inilah tepung Gogi. Restoran tom yam banyak guna tepung ini untuk buat udang/sotong celup tepung. Murah sahaja harganya lebih kurang RM2+ sahaja. Boleh buat untuk 25 ekor udang.

3. Campurkan minyak masak ke dalam tepung Gogi. Gaul sebati.

4. Tuangkan air yang betul-betul sejuk. Air yang ada ais batu pun boleh.

5. Panaskan minyak di dalam kuali.

6. Pastikan bancuhan tepung tadi betul-betul ‘licin.’ Kemudian celupkan udang biar betul-betul sekata dalam bancuhan tepung.

7. Masukkan satu demi satu udang ke dalam minyak di dalam kuali.

8. Goreng sampai sedikit garing atau keperangan.

9. Beginilah rupa udang selepas siap digoreng.

10. Bolehlah dihidangkan bersama telur dadar dan sayur campur.

 

Sumber kredit: Wan Luqman via Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

 

IKLAN