Sedapnya Tuna Eggroll Wanpaku Wrap ni. Inti tebal dan ada pelbagai rasa. Sesuai dijadikan menu saraoan dan juga bekal ke sekolah. Malah boleh juga dinikmatio sebagai sajian makan malam. Bagi anda yang dah cuba buat saudari Nur Fakhira Mohd Rosli ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba!
1. Pukul telur dengan daun bawang, cili api, garam dan serbuk lada hitam sampai sebati.
2. Panaskan kuali non-stick. Oles sedikit minyak zaitun.
3. Tuang sedikit adunan telur. Ratakan. Kemudian gulung.
4. Tuang sedikit lagi telur, bila masak, gulung. Ulang sampai habis. Biar telur garing sikit. Angkat dan ketepikan.
1. Alas plastik wrap atas loyang. Letakkan sekeping wrap. Susun salad, hirisan sayuran, eggroll, kepingan keju dan tuna.
2. Gulung dengan kemas dan padat. Gulung sekali dengan plastic wrap.
Kredit resipi & foto: Nur Fakhira Mohd Rosli
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official