Tosai Sedap Hidang Bersama Chutney Kelapa Atau Kari Dhal

Share

Sempena Deepavali teringin sangat nak makan tosai buatan sendiri  boleh follow resipi yang dikongsi oleh Rozel Kitchen ini . Boleh makan puas-puas tanpa rasa ragu-ragu. Adunan yang lebih boleh disimpan di dalam bekas kaca bertutup dan disimpan di dalam peti sejuk. Bertahan sehingga 3-4 hari.

Bahan-bahan tosai (dikisar bersama) :
2 mangkuk beras – rendam 8 jam


1 mangkuk kacang dhal
1 kepal nasi sejuk
Sedikit biji halba,jintan putih dan biji sawi
sedikit air
sedikit garam

Cara memasak :
1.Beras dan kacang dhal direndam selama empat jam bersama biji halba,jintan putih dan biji sawi.

2.Kemudian dikisar sampai hancur.Masukkan nasi sejuk dalam satu genggam.Tambah air sikit kalau adunan pekat ye… diperam selama 8 jam dalam suhu bilik.

 

3.Kemudian, panaskan non-stick pan, griskan dengan minyak bawang,

4.Seterusnya leperkan adunan tadi di atas pan.(seperti membuat lempeng) Api perlahan saja.

5.Masak sehingga garing atau ikutlah tesktur yang macam mana berkenan di hati.


6.Siap boleh di lipat dua dan hidang bersama chutney kelapa atau kari dhal.

Tip:
Adunan yang lebih boleh disimpan di dalam bekas kaca bertutup dan disimpan di dalam peti sejuk.Bertahan sehingga 3-4 hari.Lagi lama lagi sedap kerana proses perapan tu akan menjadikan tosai  ada rasa sedikit masam.
Itu yg sedap!!

Kredit foto & resipi: Rozel Linda

ADA YANG NAK MEMBELI HAND BLENDER @ FOOD PROCESSOR, BOLEH LIHAT DI SINI.

IKLAN