Makan

Resipi Tortilla Tuna Wrap with Smoked Cheese, Idea Menu Sahur Yang Mudah

Share

Kalau kat rumah ada tuna, boleh buat Tortilla Tuna Wrap with Smoked Cheese ni. Letak inti padat-padat, baru puas makan. Sesuai untuk dimakan seisi keluarga. Gunakan keju Chesdale Smoked untuk aroma dan rasa salai yang sebenar serta Anchor Unsalted Butter untuk menambah aroma. Hidangan ini juga enak dinikmati bersama Fernleaf Greek Style Yogurt Drink Mango

. Jom cuba.

TORTILLA TUNA WRAP WITH SMOKED CHEESE

Bahan-bahan:

  • 4 keping tortilla
  • 2 sudu besar mayones
  • 1 tin tuna
  • 2 ulas bawang putih | dikisar
  • 20gm bawang merah | dikisar
  • 1 biji cili merah | dikisar
  • 20gm daun sup | dikisar
  • 8 keping keju Chesdale Smoked
  • 2 sudu besar Anchor Salted Butter

 

Cara Memasak:

  1. Gaulkan mayones, tuna, bawang putih, bawang merah, cili merah dan daun sup.
  2. Sapukan Anchor Salted Butter, letakkan keju Chesdale Smoked serta campuran tuna tadi di atas tortilla dan gulung kemas.
  3. Bakar dalam ketuhar pada suhu 170°C selama 10 minit.
  4. Siap dan boleh dinikmati bersama Fernleaf Greek Style Yogurt Drink Mango.

 

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA: 

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official:

 

 

 

 

Published by
Naqiyatul Uzma