Makan

Resipi Tomyam Santan Kaw, Sedap Lain Macam!

Share

Anda peminat Tomyam? Jom cuba resipi Tomyam Santan perkongsian saudara Hafiz Rahman ni. Kaw, sedap berlemak. Memang lain berbanding Tomyam yang biasa kita makan. Bila masak sendiri ni, boleh letak pelbagai lauk kegemaran. Memang puas makan. Jom cuba! Anda pasti sukakan rasanya.

CARA MASAK TOMYAM SANTAN YANG SEDAP & MUDAH

BAHAN-BAHAN:

2 peket pes Tomyam beli online disini
1/2 kotak kecil santan beli online disini
2 inci lengkuas
2-3 helai daun limau purut
2 batang serai
Limau nipis secukupnya
Cili api
Air secukupnya
Minyak masak
Akar & daun ketumbar secukupnya
Udang, isi ayam, ayam bahagian tulang dan sotong secukupnya
Garam & gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

1.Panaskan minyak dan tumis 1 ½ peket pes tomyam. ½ peket lagi ketepikan terlebih dahulu. setengah pek tomyam.

2. Bila sudah pecah minyak, masukkan ayam bahagian tulang, kepala udang, serai, lengkuas dan akar ketumbar. Akar ketumbar dibasuh bersih terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam masakan. Ia adalah rahsia rasa tomyam lebih sedap.

3. Bila semua bahan sudah sebati, masukkan santan. Kacau lagi dan biarkan seketika.

4. Masukkan air secukupnya dan biar kuah mendidih.

5. Masukkan udang, isi ayam dan sotong.
6. Masukkan juga daun limau purut dan jus limau nipis. Jika suka masam, lebihkan.
7. Ambil baki pes tomyam tadi dan masukkan ke dalam kuah.
8. Perasakan tomyam dengan garam serta gula dengan secukupnya. Padamkan api.
9. Tomyam Santan sedia untuk dinikmati.


Kredit resipi & foto: Hafiz Rahman

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

Published by
Elina