Uncategorized

Resipi Telur Sambal Cili Kering Lauk Ringkas Paling Sedap

Share

Ada telur je dekat rumah? Bolehlah cuba resipi Telur Sambal Cili Kering ni. Kedengaran macam biasa je kan lauk ni? tapi kalau dah siap lauknya gerenti berselera bila makan bersama nasi panas. Lauk Telur Sambal Cili Kering macam ni jangan pandang sebelah mata, perah limau dan taburkan sedikit daun bawang lagi naik rasa lauk ni.

Resipi penuh telah dikongsikan oleh Wan LuQman di Facebook dan telah di kongsi banyak kali oleh pengikutnya di Facebook. Ramai yang dah cuba resipi ni dan sangat berpuas hati dan sukakan gabungan telur dan rasa cili kering. Jom kita cuba resipi ini.

 

Boleh dapatkan Shogun Twister 40cm Jumbo Wok dengan harga istimewa menggunakan code RASGSP5 DISINI!

TELUR SAMBAL CILI KERING

BAHAN-BAHAN:

Telur
Cili kering
Ikan bilis
Sos tiram
Bawang putih
Gula & Garam
Bawang goreng
Daun bawang
Sedikit perahan air limau kasturi
CARA PENYEDIAAN:
1. Goreng cili kering dahulu, angkat dan toskan
2. Kemudian goreng juga bawang putih dan ikan bilis
3. Tumbuk kasar cili kering, bawang putih dan ikan bilis tadi
4. Menggunakan minyak menggoreng tadi, masukkan sos tiram, bahan tumbuk dan perasa gula dan garam
5. Kemudian masukkan telur dan masak sehingga sambal menjadi kering
6. Bila dah siap, tabur dengan bawang goreng dan daun bawang.
7. Sedia untuk dihidangkan dengan nasi panas. Boleh perah sedikit asam limau untuk menaikkan selera
Kredit: Wan LuQman
SELAMAT MENCUBA!
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
https://www.rasa.my/resipi-sos-hijau-vietnam-roll-paling-menjadi/
https://www.rasa.my/tempe-tumis-sambal-padu-buat-bertambah-nasi/
https://www.rasa.my/resipi-air-milo-lori-gerenti-menjadi/
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion RASA:
https://dai.ly/x8gxhvd
https://dai.ly/x8fd7yd
https://dai.ly/x8gr522
IKLAN