Biasanya telur masin dibuat menggunakan telur itik. Ha..Jangan tak tahu, guna telur ayam pun boleh tau. Hasilnya memang sama macam telur itik. Sedap! Tengoklah kuning telur tu. Berminyak je. Menurut empunya resipi, untuk 30 biji telur masin telur ayam gred B ni, kos yang digunakan hanyalah lebih kurang RM10. jimat! Nak cuba? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
TELUR AYAM MASIN HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
30 biji telur ayam gred B
1kg garam kasar
Air secukupnya (anggaran hingga telur tenggelam)
CARA-CARA:
Ads
1. Masukkan garam kasar dan air dalam periuk.Masak hingga garam larut.
2. Padamkan api dan biarkan air garam tadi sejuk sepenuhnya.
3. Masukkan telur ke dalam bekas bersesuaian. Kemudian tuang air garam hingga menenggelamkan telur.
Ads
4. Tutup bekas dan biarkan di tempat gelap selama 14 hari.
5. Bila dah cukup tempoh, tukar air rendaman dengan air biasa. Kemudian bolehlah disimpan dalam peti sejuk. Bila nak makan, baru keluarkan dan rebus seperti biasa.
INFO: Petua nak bagi telur kuning jadi warna oren. Masa peram pastikan simpan bekas telur di tempat yang gelap. Lagi gelap lagi bagus. Empunya resipi simpan dalam kabinet dapur.
Telur dadar biasanya kita buat bubuh bawang dan garam je kan? Jom ubah sikit. Telur dadar boleh berubah jadi lebih istimewa. Silap-silap boleh jadi kudapan yang enak dimakan begitu sahaja.
Bahan-Bahan
4 biji telur ayam
1 sudu besar mayones
50 gram keju mozarella (disagat)
Sedikit garam
1/2 biji lada benggala (dihiris)
Minyak masak untuk menggoreng
1 biji tomato (dipotong bulat)
Cara Memasak
1. Pecahkan telur ayam di dalam mangkuk besar. Masukkan mayones, keju dan garam secukup rasa. Pukul hingga kembang.
2. Kemudian masukkan hirisan lada benggala. Kacau rata. Rehatkan seketika.
3. Panaskan minyak di dalam kuali menggunakan api kecil dan masukkan bancuhan telur tadi. Letak kepingan tomato diatasnya. Tutup kuali dan biarkan masak.
4. Terbalikkan dengan berhati-hati sehingga kedua-dua bahagian telur menjadi warna kekuningan. Angkat dan hidangkan panas-panas.
Bahan-Bahan
4 biji telur ayam
6 biji cendawan butang (dihiris nipis)
1 biji bawang besar (didadu)
1 biji cili merah (dihiris halus)
2 ulas bawang putih (dicencang)
1 pokok daun sup (dicencang halus)
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Minyak masak
Cara Memasak
1. Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan pukul sehingga kembang.
2. Masukkan semua bahan di atas dan kacau sehingga rata. Perasakan dengan garam secukup rasa.
3. Panaskan kuali dan panaskan minyak masak secukupnya.
4. Masukkan bancuhan telur dan masak menggunakan api yang kecil. Tutup kuali menggunakan tudung periuk dan biarkan masak.
5. Balikkan telur dengan berhati-hati. Angkat apabila masak dan menjadi warna keperangan. Sedia untuk dihidangkan.
Bahan-Bahan
4 biji telur ayam
1 sudu besar mayones
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
Sedikit garam
100 gram brokoli (dihiris halus)
1 biji bawang besar kuning (dicencang)
1 biji cili merah (dihiris)
50 gram isi ayam rebus (dicarikkan)
Minyak masak untuk menggoreng
Cara Memasak
1. Pecahkan telur di dalam mangkuk besar. Masukkan mayones, serbuk lada hitam dan garam secukup rasa. Pukul hingga kembang.
2. Kemudian masukkan hirisan brokoli, bawang besar, cili merah dan isi ayam. Kacau rata. Rehatkan seketika.
3. Panaskan minyak di dalam kuali menggunakan api kecil dan masukkan bancuhan telur tadi. Tutup kuali dan biarkan masak.
4. Terbalikkan dengan berhati-hati hingga kedua-dua bahagian telur menjadi warna kekuningan. Angkat dan hidangkan panas-panas.
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Jika selama ni kita hanya beli telur masin di kedai, apa kata kali ini kita cuba buat sendiri di rumah. Hanya menggunakan telur ayam sahaja. Jom kita intai resipi yang dikongsi oleh Dapur Indonesia ini. Katanya bukan sahaja mudah, rasanya pun lebih sedap.
BAHAN-BAHAN:
CARA PENYEDIAAN:
1. Cuci bersih telur ayam untuk menghilangkan kotoran yang ada pada telur.
2. Kemudian, larutkan garam dengan air secukupnya.
3. Hiris halus bawang putih dan cili padi.
4. Selepas itu, masukkan telur yang sudah dibersihkan tadi ke dalam bekas yang berisi air garam. Masukkan sekali hirisan bawang putih dan cili padi.
5. Tambahkan lagi air ke dalam bekas yang berisi telur sehingga melepasi paras telur.
6. Tutup bekas selama 10 – 15 hari.
7. Selepas itu, anda bolehlah merebus telur tersebut.
Apabila terasa tak sedap tekak, sup adalah salah satu hidangan yang sesuai diambil. RASA berikan tiga jenis sup yang senang nak disediakan.
Sup Telur.
BAHAN-BAHAN
• Minyak masak untuk menumis
• 2 biji bawang merah (hiris)
• 2 ulas bawang putih (hiris)
• 1 inci halia (hiris)
• Batang sederi (hiris)
• 2 biji ubi kentang potong kecil
• Cendawan kering (rendam air panas 15 minit sebelum dimasak)
• Sedikit suhun dan tauhu kering (direndam dulu)
• Garam
• 4 biji telur ayam
• Daun sup
CARA MEMBUAT
1. Tumis bahan hiris. Kemudian masukkan air ikut kepada sebanyak mana kuah yang kita mahu.
2. Masukkan ubi kentang dan biarkan empuk. Masukkan cendawan.
3. Masukkan suun dan tauhu kering yg di rendam seketika.
4. Masukkan garam. Pecahkan telur satu demi satu. Jangan kacau kerana tak nak telur pecah. Biarkan mendidih seketika.
5. Tabur daun sup.
Resipi oleh Cik Puan Julieta dari Telegram KakiMakan t.me/kakimakan
SUP DAGING SIAM
Sup Daging Siap.
BAHAN-BAHAN
• 1/2 kg tulang
• Minyak masak untuk menumis
• 5 ulas bawang merah (ditumbuk)
• 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
• 1/2 inci halia (ditumbuk)
• 1 peket rempah sup bunjut atau sup tulang
• 1 sudu besar rempah sup serbuk (dikacau bersama sedikit air)
• 1 sudu besar sos ikan
• 2 biji ubi kentang (dipotong 2)
• 4 biji cili padi (diketuk)
• 1/2 biji bawang holand (hiris bulat-bulat)
• 1 biji tomato (dibelah 4)
• 1/2 batang saderi (dihiris)
• 1 biji perahan air limau nipis
• Sedikit garam dan gula
• Sedikit bawang goreng
• Sedikit daun sup
• Sedikit daun bawang
CARA MEMBUAT
1. Rebuskan tulang sejam atau sehingga empuk. Pastikan air menenggelamkan semua tulang. Ketepikan.
2. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia bersama dengan rempah sup bunjut sehingga garing dan naik bau.
3. Masukkan rempah sup serbuk, sos ikan dan air rebusan dan tulang tadi.
4. Tambahkan ubi kentang dan biarkan sehingga 30 minit.
5. Kemudian masukkan cili padi, hirisan bawang holand, tomato, saderi dan perahan air limau nipis.
6. Tambahkan garam dan sedikit gula. Gaul dan sesuaikan rasa.
7. Tutup api dan sedia untuk dihidang. Taburkan bawang goreng, daun sup dan daun bawang.
Resipi dari Telegram KakiMakan t.me/kakimakan
Sup Ayam Halia.
BAHAN-BAHAN
3 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah kecil
Rempah 3 serangkai
Minyak masak untuk menumis
3 inci halia (hiris nipis)
1 liter air
1/2 ekor ayam dipotong kecil (basuh bersih)
2 biji kentang (1 biji dipotong 4)
Garam secukupnya
Daun sup
Bawang goreng
CARA MEMBUAT
1. Bawang putih dan bawang merah kecil ditumbuk atau dicencang halus. Kemudian panaskan minyak masak. Tumiskan bersama rempah 3 serangkai.
2. Masukkan halia. Tumis lagi sampai naik bau harum.
3. Masukkan air dan ayam. Biarkan mendidih.
4. Masukkan kentang dan garam. Biarkan mendidih lagi.
5. Setelah masak, matikan api. Letakkan daun sup dan bawang goreng.
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!