Resipi Tauhu Homemade Mudah. Sekali Buat Dapat Banyak Keping

Share

Kalau buat tauhu homemade ni memang seronok. Jika dibeli, sekeping tauhu anggaran harganya ialah 50sen sekeping. Jika anda hasilkan sendiri di rumah, dengan kos yang sedikit, anda boleh hasilkan banyak tauhu. Boleh kongsi dengan jiran tetangga ataupun dijadikan sumber pendapatan sampingan. Berminat nak buat? Jom lihat cara-cara pembuatan tauhu perkongsian dari saudari Ummu Ashraf.

CARA-CARA MEMBUAT TAUHU HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:
500gm kacang soya (rendam semalaman) beli online disini
2.5 liter air
Jus dari 3 biji lemon

Dapatkan CUOCO STAINLESS STEEL HONEYCOMB 38CM IH NON-STICK WOK dengan HARGA DISKAUN DISINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!

 

CARA MEMASAK:

1.Bersihkan kacang soya kemudian rendam semalaman.


2. Kisar kacang soya sedikit demi sedikit bersama air. Kisar hingga jadi halus dan berkrim.


3. Tapis kisaran soya tadi untuk ambil susu soya sahaja. (Empunya resipi guna hampas soya untuk buat Kuih Vadai)


4. Perah kisaran soya menggunakan kain supaya dapat banyak susu soya.


5. Kacang kisar boleh diperah dua kali. (empunya resipi kisar kacang soya dua kali. Maknanya, kisar sekali, kemudian perah. Bila habis semua kacang dikisar, ambil hampas kisaran pertama tadi, tambah air dan kisar sekali lagi & perah)
6. Masak susu soya hingga berasap dan mula nak mendidih.


7. Potong 3 biji lemon dan ambil jusnya sahaja.


8. Sambil tu, buang buih-buih yang timbul dari susu soya yang direbus tadi.


9. Bila susu soya mula mendidih, kecilkan api dan tuang jus lemon tadi. Matikan api. Kacau.


10. Susu akan mengental. Tutup periuk dan biarkan antara 10-15 minit. (Kalau lepas masuk jus lemon, susu tak mengental, didihkan susu semula dan tambah sikit lagi jus lemon).


11. Selepas 10-15 minit, susu tadi terbahagi pada curds soya dan air jernih. Gunakan “slotted spoon” untuk asingkan curds ke dalam bekas yang telah dialas kain bersih.


12. Lipat kain disekeliling tauhu dengan ketat.


13. Masukkan dalam bekas yang sama saiz dengan tauhu tadi. Tindihkan dengan ibu lesung.


14. Biarkan dalam 20 minit atau lebih. Tauhu homemade siap disediakan.


15. Tauhu siap untuk dipotong dan dimasak.


16. Tauhu homemade yang telah digoreng.

Kredit resipi & foto: Ummu Ashraf

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN