Resipi Tauhu Berlauk Sedap & Tak Jemu Makan. Makan Pula Dengan Cili Kicap Memang Tak Cukup Satu

Share

Kalau dengan tauhu berlauk ni , sekali makan pasti tak puas. Nak kena menghadap , makan pula dengan cili kicap , memang susah nak berhenti. Boleh buat untuk minum petang nanti. Kalau nak lebih sedap boleh letak daging atau udang pun boleh.

Bahan-bahan:
2 pek tauhu telur
2 keping tauhu putih
2 biji telur
½ sudu makan garam
½ sudu makan lada hitam dan lada putih
lobak merah
daun sup
daun bawang
1 keping dada ayam

Cara memasak:

1.Kisar semua bahan-bahan di atas sampai hancur. Masa kisar tu tak payah letak air sebab bahan-bahan semua tu lembut.
2.Kukus 15 minit
3.Ni rupa dah siap kukus.
4.Ni rupa dah goreng..nak goreng tu celup dulu dengan telur & lepas tu goreng sampai perang.
5.Siap..saya makan dengan cili kicap.

Kredit : Shaiela Ehin
#mahn

 

IKLAN