Resipi Tauhu Berlauk Berhantu. Sekali Makan, Memang Tak Berhenti

Share

Biasa dok dengar kuih cara berlauk je kan. Haa, kali ini resipi tauhu berlauk pula. Bosan kan kalau asyik makan tauhu kosong macam tu saja.

Resipi tauhu berlauk daripada Asmidar Nor ni, memang sedap! Bila sekali makan, tak boleh nak berhenti. Tak tengok kiri kanan, memang licin dibuatnya.

Jom kita tengok macam mana cara nak membuatnya.

BAHAN-BAHAN:

4 tauhu telur*
3 tauhu petak*
3 biji telur*
Isi ayam*
1 bawang holand | dicincang halus – beli online di sini
Lobak merah | disagat halus – beli online di sini
Daun sup | diracik halus
1 kiub pati ayam – beli online di sini

CARA-CARA:

1.Kisarkan bahan yang bertanda * sehingga sebati dan hancur.


2.Kemudian, masukkan lobak merah, bawang hollanda dan daun sup ke dalam adunan yang sudah dikisar tadi. Kacau rata.


3. Masukkan garam, serbuk lada sulah atau serbuk lada hitam, kiub pati ayam. Kacau lagi sekali hingga sebati.


4. Masukkan adunan ke dalam bekas-bekas kecil ataupun boleh gunakan acuan kuih lompang. Kemudian kukus selama 15 hingga 20 minit. Hidangkan bersama sambal kicap.

BAHAN-BAHAN SAMBAL KICAP:

5 biji cili api – beli online di sini
5 ulas bawang putih – beli online di sini
1 sudu besar gula – beli online di sini
Garam – beli online di sini
Sos ikan atau jus limau – beli online di sini
Kicap – beli online di sini

CARA-CARA:

1.Goreng dahulu sekejap sampai kulit cili nampak garing.
2. Kemudian, tumbuk halus bawang dan cili sehingga halus. Masukkan gula, kicap, sos ikan atau jus limau. Siap untuk dihidangkan.

Kredit resipi & foto: Asmidar Nor

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official: 

 

IKLAN