Tapai Pulut antara juadah istimewa orang Melayu yang boleh ditemui di mana-mana sama ada pada majlis jamuan atau dijual di restoran sebagai hidangan sampingan.Rasa tapai pulut yang manis selain lembut adalah ciri-ciri tapai yang berkualiti tinggi dan menepati rasa diinginkan. Apa kata kita cuba buat sendiri Tapai Pulut? Boleh cuba ikut resipi yang dikongsikan oleh Lind Razak
RESIPI TAPAI PULUT MANIS
BAHAN-BAHAN:
1 kg beras pulut – beli online 1 biji ragi (Seeloknya jemur terlebih dahulu. Hancurkan ragi, letak dalam plastik dan ketuk guna batu lesung, nanti nak guna baru ayak guna penapis teh) – beli online Bekas dadih/daun getah/daun pisang
CARA MEMBUAT:
1. Basuh beras pulut bersih-bersih dan rendam minimum selama 2 jam.
2. Kemudian toskan air, kukus beras pulut selama 25 minit.
3. Siramkan pulut yang telah dikukus dengan 3 cawan air, sambil kaup balik. (boleh sahaja tidak alihkan pulut ke dalam bekas, siramkan air terus dari pengukus).
Ads
4. Kukus semula pulut tadi dalam 10 minit sehingga naik wap.
5. Tutup api dan alihkan pulut yang telah masak ke dalam dulang besar untuk disejukkan. (Ratakan pulut tadi, supaya cepat sejuk)
6. Biarkan pulut betul-betul sejuk.
7. Bila pulut sudah sejuk, ayakkan ragi ke atas pulut, balik-balikkan pulut tadi, ayak ragi ke atas pulut sekali lagi. (agak-agak ragi rata pada pulut).
8. Sudukan pulut tadi ke dalam bekas dadih/daun getah.
Ads
9. Susunkan ke dalam bekas sesuai.
10. Simpan di tempat yang gelap selama 2 hari. Selepas 2 hari, baru tengok tapai itu ye.
11. Masukkan dalam peti sejuk, sebab tapai ini sedap makan sejuk sejuk. Tapai manis dan berair.
Kalau kat kampung, boleh bakar pakai arang. Lagi sedap rasanya. Tapi sesiapa yang tinggal di bandar, boleh je bakar atas dapur. SuiSan Aliezsha kongsikan resipi ayam percik yang dia buat untuk meniaga. Nampak sedap. Boleh try resipinya ya.
Nah saya share resipi ayam percik yang saya buat jual ni. Moga ilmu yang kita kongsikan manfaat buat semua. Nak potong-potong pun boleh seperti post saya share sebelum ni.
AYAM PERCIK
BAHAN AYAM PERCIK
7 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 cm Halia
3 tangkai serai
2 cm kunyit hidup
1 sudu besar ketumbar
1 sudu besar jintan manis
Garam dan gula secukupnya
1 ekor ayam
Sedikit minyak zaitun (minyak masak pun boleh)
CARA MEMBUAT AYAM PERCIK
1. Kisar cili kering, bawang besar, bawang putih, halia, serai dan kunyit hidup.
2. Kisar halus ketumbar dan jintan manis.
3. Tumis semua bahan kisar tanpa minyak. Masukkan garam dan gula.
4. Kemudian masukkan ayam. Biarkan ayam setengah masak.
5. Keluarkan ayam dan letak di atas stand.
6. Renjiskan ayam dengan minyak zaitun.
7. Bakar pada suhu 200 darjah selama 15 minit. Bakar atas dapur pun boleh.
Masak macam ni tau.
Bakar jadi macam ni.
BAHAN KUAH
7 tangkai cili kering
3 ulas bawang putih
5 sudu sos cili
1 sudu besar gula merah
1 sudu besar gula pasir
1 sudu besar tepung jagung
CARA MEMBUAT KUAH
1. Kisar cili kering bersama bawang putih.
2. Panaskan kuali. Masukkan cili kering dan bawang putih tadi. Masukkan sedikit air. Kacau perlahan sehingga cili masak.
3. Masukkan sos cili, gula merah yang telah dibancuh dengan sedikit air, gula pasir dan tepung jagung.
4. Kacau sampai kuah jadi pekat.
5. Jika suka, boleh tambah bijan.
Menu ringkas tapi menyelerakan. Jika tiada idea nak masak dan makan apa, apa kata buat ayam goreng kunyit. Menu lengkap dengan sayuran. Tambah pula sambal belacan dan kicap manis. Mantap!
Ikuti perkongsian Wan Iskandar dalam menghasilkan ayam goreng kunyit yang sedap ala restoran Tomyam ini. Paling penting, ayam perlu diperap agar dapat merasakan kelazatan ayam yang telah diserap ramuan perapnya. Barulah jadi luar biasa sedapnya.
Walau baru seminggu puasa tapi ramai yang rancang nak buat kuih raya. Buat awal tak kalut. Cuma satu kerisauan bila buat awal ramai takut biskut raya jadi tak sedap, lemau dan bau hapak.
Supaya tak berlaku kesan begini pada biskut raya yang dah banyak dibuat baker Azamar Norasikim Cikza memberikan tip supaya biskut raya kekal elok, tahan selama 6 bulan dan langsung tiada bau hapak dan rasa lemau.
Tip buat biskut raya awal, biskut tahan 6 bulan tanpa pengawet
1. Jemur tepung dan gula terlebih dahulu. Ini akan membuatkan biskut menjadi ringgan.
2. Pastikan biskut disimpan dalam bekas kedap udara.
3. Bungkuskan sebunjut garam dan diletakkan ke dalam bekas biskut atau beli saja yang dah ready packing di kedai bakery.
4. Taburkan sedikit gula ke dalam bekas. Ini untuk elakkan biskut menjadi hapak.
5. Alaskan setiap biskut dengan lapisan kertas minyak.
6. Pastikan biskut betul-betul sejuk baru simpan dalam bekas.
7. Pastikan jenis kekacang dibakar dulu sebelum buat kuih supaya tidak cepat lemau dan hapak.
Ada roti sandwic yang hampir tamat tempoh? Jangan buang! Cuba 6 resipi roti sandwic sedap ini termasuk lasagna, apple pie dan puding roti. Mudah dan menjimatkan!