Resipi Step By Step Kek Lobak Merah. Kena Cuba!

Share

Suka makan Kek Lobak Merah? Jom cuba resipi perkongsian Cik Puan Swepple Ariana (cp: Khairul Hakimin Muhammad, Tukang Masak Kek Lobak Kegemaran Cinta). Memang mudah!

KEK LOBAK MERAH

BAHAN-BAHAN:

  • 2 cawan lobak merah – disagat
  • 1 1/4 cawan gula perang halus
  • 3/4 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan walnut – dicincang kasar
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 3 biji telur saiz A
  • 1 1/2 sudu kecil serbuk penaik – ayak bersama tepung gandum
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat – ayak bersama tepung gandum
  • 1 sudu kecil serbuk kayu manis – ayak bersama tepung gandum
  • 1 sudu kecil esen vanilla.

BAHAN KRIM KEJU:

  • 250gm krim keju
  • 150gm gula aising

CARA MEMASAK:

1. Sagat lobak merah. Untuk 2 cawan, anggaran guna 3 batang lobak merah saiz sedang.

2. Pukul gula perang bersama minyak hingga berkrim dan sedikit pekat.

3. Kemudian masukkan telur.

4. Seterusnya masukkan campuran tepung yang diayak bersama kulit kayu manis, soda dan serbuk penaik. Masukkan sedikit demi sedikit. Kaup balikkan guna spatula.

5. Kemudian masukkan lobak merah dan walnut. Kacau sebati.

6. Tuang adunan ke dalam loyang bersaiz 8’x8’ yang telah dialas dengan baking paper. Bakar pada suhu 180C selama 35 minit. Kipas boleh pasang, tak nak pasang pun boleh. Guna api atas bawah.

7. Setelah kek masak, keluarkan dan sejukkan.

8. Untuk hiasan, pukul krim keju bersama gula aising hingga kembang. Kemudian masukkan ke dalam beg piping dan sejukkan keju seketika. Bila kek dah sejuk, baru paipkan krim keju ikut kreativiti.

9. Sedia untuk dinikmati.

 

Kredit resipi & foto: Cik Puan Swepple Ariana (cp: Khairul Hakimin Muhammad, Tukang Masak Kek Lobak Kegemaran Cinta)

IKLAN