Resipi Step By Step Cara Nak Masak Ayam Varuval. Memang Mudah, Sedap & Citarasa Asli India.

Share

Suka makan masakan India? Kalau ya, anda boleh cuba menu Ayam Varuval; resipi perkongsian saudari Kalaivani Krishnasamy. Menurut Kalai, resipi ini adalah gaya masak cara keluarganya. Varuval ni membawa maksud garing. Nampak sedap kan? Jom cuba!

AYAM VARUVAL

BAHAN-BAHAN:

  • 1/2 ekor ayam – dipotong kecil
  • 1 inci halia – tumbuk lumat
  • 6-7 ulas bawang putih – tumbuk lumat
  • 1 sudu makan serbuk kunyit
  • 2 susu makan serbuk kari
  • Garam secukup rasa

BAHAN VARUVAL

  • 4 sudu makan jintan manis
  • 15 ulas bawang putih – hiris
  • 2 tangkai daun kari – lurut dari tangkai
  • 5-6 tangkai cili kering – dibersihkan
  • 3 biji bawang besar – letak lebih lagi sedap
  • Sedikit pes halia bawang putih ( 1cm halia, 3-4 ulas bawang putih yang ditumbuk lumat)
  • 1 biji tomato – dipotong
  • Serbuk cili @ cili kisar secukupnya – jika guna serbuk cili, bancuh dengan sedikit air
  • Garam & gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

1. Perap ayam bersama halia tumbuk, bawang putih tumbuk, serbuk kunyit, serbuk kari dan garam Gaul rata dan biarkan 1 jam.

2. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga masak dan berwarna keemasan.

3. Seterusnya untuk menyediakan varuval, panaskan minyak dan goreng jintan manis hingga wangi. Angkat dan ketepikan.

4. Kemudian masukkan bawang putih, cili kering dan daun kari. Goreng juga hingga wangi. Angkat.

5. Panaskan sedikit minyak dan tumis pes halia bawang putih, tomato dan bawang besar. Masak hingga bawang berubah warna.

6. Seterusnya masukkan serbuk cili kering babas atau cili kering kisar pun bole Tambah ikut citarasa masing-masing. Varuval ni tak boleh pedas sangat nanti tak sedap. Masak guna minyak sahaja dan jangan letak air. Air dari bawang tu pun dah cukup. Sebab tu bawang kena letak lebih.

7. Tambah garam dan gula.Tunggu sampai garing dan pecah minyak. Varuval kena garing dan rasa manis-manis sedikit.

8. Seterusnya masukkan bahan-bahan yang telah digoreng tadi. Gaul rata.

9. Masukkan ayam. Gaul. Jika kurang rasa, tambah perasa secukupnya.

10. Siap untuk dinikmati. Boleh tabur daun pudina atau daun ketumbar sebelum dihidang.

Kredit resipi & foto: Kalaivani Krishnasamy

IKLAN