Resipi Step By Step Buat Sardin Roll Yang Sedap & Gerenti Menjadi

Share

Sedapnya Sardin Roll ni. Makan panas-panas uih…sebiji memang tak cukup. Ramai yang ‘takut’ nak cuba kerana anggap Sardin Roll ni susah nak buat. Salah tu. Kalau kena gaya dan resipinya, mudah je. Resipi perkongsian saudari Norzaiha Razali ni antara yang mudah. Siap resipi dan gambar step by step tau. Senang nak ikut. Cubalah.

CARA BUAT SARDIN ROLL YANG SEDAP & MUDAH

BAHAN-BAHAN DOH KULIT:
1 1/2 sudu makan + lebihan sedikit planta
3 sudu makan minyak masak
3 cawan (rata) tepung gandumbeli online disini
Garam halus secukupnya
Air sejuk secukupnya

CARA MEMBUAT:
1.Mula-mula ambil 1 1/2 sudu makan planta.


2. Kemudian untuk sudu kedua, ambil sebanyak ini.


3. Cairkan planta bersama minyak masak. Bila cair, tutup api. Tujuan utk merangupkan kulit Sardin Roll.


4. Ambil tepung gandum 3 cawan rata. Letak dalam bekas besar supaya mudah untuk menguli nanti.


5. Letak planta yang cair tadi di tengah-tengah tepung. Buat lubang kecil di tengahnya supaya minyak bertakung.


6. Gaul tepung dengan sudu sebab planta masih panas.


7. Letak garam sebanyak ini 3 kali. Sukatan hujung sudu begini untuk 1 cawan tepung.


8. Bila telah sejuk, gaul tepung menggunakan tangan. Gaul rata sampai tepung jadi relai.


9. Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit semasa menguli. Guna tak sampai secawan air pun. Letak sikit air, kemudian uli, letak sikit uli. Ulang sampai jadi doh. Jangan terlebih air, nanti doh lembik.


10. Uli sampai doh jadi macam ni dan tidak melekat di tangan.


11. Bahagikan doh kepada bebrapa bahagian dan bulatkan. Tujuannya untuk mudah menggelek nanti.


12. Akan dapat dalam 22 biji doh kecil.


13. Tutup doh dan biarkan seketika.

INFO: Lepas uli doh tidak boleh terus digelek. Sebab nanti doh akan mengecut. Biarkan seketika. Sementara tunggu doh rehat, boleh buat sambal sardin.

 

BAHAN SAMBAL SARDIN
1 tin sardin saiz sederhana beli online disini
3 sudu makan kisaran bawang putih & bawang merah kisar
1 1/2 sudu makan cili boh beli online disini
6 sudu maka minyak masak
1/3 sudu makan pes asam jawa beli online disini
Sedikit air
Gula melaka secukupnya
Garam dan perasa secukupnya

CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak dan tumis kisaran bawang dan cili boh hingga garing dan pecah minyak.


2. Ambil asam jawa sebanyak ini.


3. Bancuh asam jawa dengan sedikit air. Kemudian tuang ke dalam periuk menumis tadi.


4. Gaul lagi bahan tumisan. Jika kering, tambah sedikit sahaja air supaya tumisan tidak terlalu kering.


5. Masukan manisan @ gula melaka sebanyak ini. Gula melaka boleh dilenyek atau disagat terlebih dahulu supaya cepat larut.


6. Ambil sardin saiz sederhana seperti ini. Saiz ni memang cukup inti untuk doh 3 cawan tepung.


7. Masukkan sardin bersama kuahnya sekali. Kemudian letak garam secukupnya.


8. Kacau sambal sambal meleyek ikan sardin. Ia bertujuan untuk mencepatkan kuah kering.


9. Bila sambal telah kering. Padamkan api. (empunya resipi suka sambal sedikit basah jadi sambalnya tidak kelihatan terlalu kering. Jika suka pedas, boleh tambah cili mengikut cita rasa)

CARA MEMASAK SARDIN ROLL:

1.Taburkan tepung dalam bekas supaya Sardin Roll tidak melekat.


2. Ambil satu doh yang dibulatkan tadi.


3. Gelek macam ni terlebih dahulu.


4. Kemudian pusing melintang.


5. Gelek ke atas bagi membentuk muncung macam ni.


6. Seterusnya gelek ke bawah pula.


7. Gelek rata dan nipis sampai bentuk jadi macam ni. Pastikan gelek sehabis nipis ya. Sebab nanti doh akan digulung. Jika tidak nipis, nanti bila gulung, kulit Sardin Roll jadi tebal dan tak sedap.


8. Hiris doh macam ni. Tujuannya untuk corak sahaja. Kalau tak mahu hiris pun tidak mengapa.


9. Letak inti di bawah.


10. Boleh mula menggulung.


11. Pegang hujung kiri dan kanan semasa menggulung. Tempat ank panah tu. Jangan pegang di tengah semasa gulung.


12. Gulung sampai jadi macam ni. Ulang langkah sama hingga habis doh dan inti.


13. Susun sardin roll dalam bekas. Tabur sedikit tepung gandum.


14. Jika buat inti sardin sedikit basah, hujung sardin roll perlu lipat dan picit sedikit supaya cecair inti tidak keluar.


15. Panaskan minyak dan goreng sampai kekuningan dengan api perlahan.

16. Sardin gulung yang sudah siap untuk dimakan.

INFO: Tak boleh goreng Sardin Roll guna api besar nanti kulit jadi gelembung. Tak cantik. Tip nak bagi rangup lama, jangan letak dalam bekas tertutup ketika Sardin Roll tengah panas. Tutup bila sudah sejuk.

 

Kredit resipi & foto: Norzaiha Razali

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN